Advertisements

Permohonan Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng, IOI Group

Advertisements

Syarikat terkenal IOI Group mempelawa pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang, mempunyai kualiti kepimpinan dan rekod ekstrakurikuler untuk memohon biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng.

Selain mendapat tajaan kewangan, pelajar yang ditaja kelak berpeluang mendapat latihan dan pengalaman praktikal sebelum berkhidmat dengan syarikat.

Biasiswa ini terbuka kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan ke pengajian sarjana muda sepenuh masa di universiti awam atau swasta di Malaysia dan yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian.

Jika anda sedang mendaftar dalam kursus sarjana muda sepenuh masa, anda dijemput untuk memohon.

Nilai Biasiswa Ditawarkan

Biasiswa ini akan menanggung kos pembiayaan pembelajaran dan kemudahan pelajar seperti yuran, buku, penginapan, makan dan minum dan banyak lagi.

Bidang Pengajian Yang Ditaja

Berikut merupakan bidang pengajian yang ditaja oleh biasiswa ini:

  • Kejuruteraan (Mekanikal / Elektrik & Elektronik / Elektrik & Instrumen / Kimia / Mekatronik)
  • Kimia / Teknologi Makanan
  • Sains Komputer / Teknologi Maklumat
  • Kejuruteraan Pertanian / Pengurusan Perladangan
  • Sains persekitaran
  • Perakaunan / Kewangan

Syarat Permohonan

SYARAT ASAS

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada pelajar yang akan menjalankan atau yang sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda di mana-mana Universiti/Kolej Awam atau Swasta yang berpusat di Malaysia.
  3. Mesti telah mendapat penempatan yang disahkan daripada institusi pengajian tinggi

SYARAT AKADEMIK

  1. Mendapat keputusan prauniversiti minimum berikut:
    1. Peringkat STPM/A – minimum 2A
    2. Peperiksaan Bersepadu Sekolah Cina (UEC-SM3)
    3. Asasi – PNGK minimum 3.5
    4. TER Australia – minimum 90.0
    5. Pelajar tahun pertama/Kedua mesti mempunyai PNGK semasa sekurang-kurangnya 3.3, Kepujian Kelas Kedua Atas atau setaraf.
  2. Mempunyai pencapaian kokurikulum yang cemerlang dan kualiti kepimpinan.
  3. Bersedia untuk berkhidmat dengan syarikat IOI Group untuk tempoh tertentu selepas berjaya menamatkan pengajian.
  4. Tidak boleh menerima sebarang bentuk biasiswa daripada organisasi lain dan bebas daripada sebarang kewajipan pekerjaan pada masa hadapan.
  5. Mereka yang sedang mengikuti pengajian Asasi dan Program Pra-Ijazah tidak layak memohon.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang di https://yayasan.ioigroup.com/scholarship_online atau muat turun borang.

Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar dan sampai ke alamat berikut sebelum tarikh tutup permohonan.

The Secretariat – Scholarship for Bachelor Degree
Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng

Level 29, IOI City Tower Two, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya.

E-mel pengesahan akan dihantar sebaik sahaja kami menerima permohonan. Jika anda belum menerima e-mel pengesahan atau menerima mesej ralat semasa/selepas menyerahkan permohonan anda, sila simpan tangkapan skrin halaman/mesej ralat dan hantar ke [email protected]

Baca juga: Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib & YBSTAR Sesi 2022/2023

Proses Permohonan

Calon akan disaring dan disenarai pendek dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup dan dimaklumkan melalui telefon dan emel untuk menghadiri sesi temuduga. Bagi calon yang disenarai pendek yang tinggal di Malaysia Barat, temuduga video Skype akan dijalankan.

Tarik Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh ajukan emel ke [email protected] atau hubungi nombor di talian 03-8947 6605.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements