Advertisements

Permohonan BSH Mahasiswa Negeri Sembilan Fasa 2/2022

Advertisements

Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Negeri Sembilan Fasa 2 bagi tahun 2022 kini dibuka untuk permohonan kepada anak kelahiran Negeri Sembilan.

Bantuan BSH ini merupakan salah satu inisiatif Yayasan Negeri Sembilan (YNS) kepada mahasiswa anak Negeri Sembilan yang memerlukan sejak diwujudkan sejak tahun 2019.

Inisiatif ini adalah hasil buah fikiran YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai bantuan ini.

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon mesti memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja.
  2. Sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun, pemohon perlu memuat naik sijil tamat berhenti sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5.
  3. Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik sahaja.
  4. Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat bagi pelajar semester 2 ke atas (tahun akhir tidak layak memohon).
  5. Pemohon perlulah mempunyai akaun Bank Islam sahaja (lain-lain bank ditolak).
  6. Ibu bapa pemohon tergolong dalam kategori kumpulan B40 terkini.
  7. Borang pengesahan mestilah dimuat turun menerusi laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat DUN/wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).
  8. Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat DUN/wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.

Cara Memohon

Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan adalah melalui atas talian (online) di laman web Yayasan Negeri Sembilan.

Baca juga: Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Yayasan Terengganu 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Dokumen Sokongan

Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan:

  1. Borang pengesahan Pejabat Dun/Pejabat Penyelaras Dun: https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/surat_akuan_pengeshan_dun_2022.pdf
  2. Borang Akuan Pengesahan Pendapatan: https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/slip_gaji_sah2022.pdf

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan BSH 2022 (Fasa 2) dibuka bermula dari 7 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan, sila layari laman web YNS iaitu https://www.yns.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements