Apakah Kemudahan Cuti Kuarantin HFMD?
Sedia maklum, penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) adalah salah satu senarai penyakit berjangkit yang layak mendapatkan cuti kuarantin di rumah.
Sejak 4 Mac 2022 lagi kemudahan cuti menjaga anak yang dikuarantin telah pun ditambahbaik dan dikuatkuasa.
Oleh itu, ibu bapa boleh mendapatkan cuti menjaga anak yang sakit di rumah kediaman selama maksima 5 hari.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang kemudahan cuti kuarantin ini.
Baca juga :
Senarai Penyakit Berjangkit Yang Layak Dapat Cuti Kuarantin
Berikut adalah beberapa senarai penyakit berjangkit yang layak mendapatkan cuti kuarantin :
- HFMD
- Demam denggi
- Campak (Measles)
- Chicken Pox
- Difteria
- Malaria
- Lain-lain penyakit berjangkit yang diperaku oleh pegawai perubatan

Bilangan Hari Cuti Kuarantin
- Kadar tempoh bilangan hari cuti terhad sebanyak maksimum lima (5) hari sahaja bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.
- Selain daripada tempoh 5 hari tersebut, mana-mana pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat / Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan.
- Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR).
Syarat Kelayakan Cuti Kuarantin
- Nama Kemudahan Cuti Kuarantin dipinda kepada “Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan.”
- Diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit dan perlu kuarantin.

Cara Buat Permohonan
- Dapatkan perakuan dari pegawai perubatan Kerajaan atau swasta
- Lengkapkan Borang Permohonan Cuti Kuarantin
- Hantar Kepada Ketua Jabatan

Maklumat Lanjut
untuk maklumat lanjut, sila rujuk dokumen di pautan ini https://www.jpa.gov.my/…/2458-penambahbaikan-kemudahan
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Baca juga :Bantuan Khas Mahasiswa Perak 2.0: Tunai RM150 & Baucar Tiket RM50