Advertisements

Permohonan Dan Syarat Kelayakan Terkini Rumah Perakku 2022

Advertisements

Sukacita dimaklumkan kepada warga Perak yang tidak memiliki rumah dan memenuhi syarat pendaftaran yang ditetapkan, anda boleh memohon “RUMAH PERAKKU” di laman web Lembaga Perumahan & Hartanah Perak.

Ikuti perkongsian kami mengenai Permohonan Rumah Perakku 2022 di artikel ini.

Baca juga: Permohohan Program Pembangunan Ekonomi Komuniti RM45,000

Tawaran Perumahan

Berikut terdapat tiga(3) tawaran perumahan mengikut pendapatan isi rumah, antaranya:

1. Rumah Perakku I (kos rendah RM90,000 dan ke bawah)

  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM3,860 sebulan

2. Rumah Perakku II (kos sederhana RM90,001 hingga RM180,000)

  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM3,861 hingga RM7,000 sebulan

3. Rumah Mampu Milik (kos RM140,001 hingga RM250,000)

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Pendapatan terbuka

Baca juga: i-Biaya Tawar 3 Skim Pembiayaan Pembelian Rumah

Syarat Pendaftaran

Berikut merupakan syarat-syarat pendaftaran yang yang perlu dikuti oleh pemohon:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  2. Pemohon yang tidak memiliki rumah sahaja yang layak untuk memohon
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,860 hingga RM7,000 sebulan

Maklumat Penting

1. Setiap permohonan perlu dikemaskini setiap 2 tahun sekali, jika anda gagal mengemaskini permohonan akan ditolak/tidak dipanggil temuduga jika terpilih.

2. Sila bawa dokumen ASAL dan dokumen-dokumen SOKONGAN semasa proses temuduga nanti.

3. Pemohon digalakkan menggunakan komputer untuk membuat pendaftaran perumahan. Penggunaan telefon pintar adalah tidak digalakkan.

4. Proses semakan pendaftaran perumahan mengambil masa 7 hari bekerja.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang diperlukan semasa sesi temuduga kelayakan penerima:

  • Salinan kad pengenalan terbaru Pemohon dan isteri/suami.
  • Salinan sijil nikah / Daftar perkahwinan
  • Salinan sijil kelahiran / kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.
  • Salinan Surat CCRIS dan CTOS (Jika Ada)
  • Salinan slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan isteri/suami.
  • Surat pengesahan dan perakuan Pendapatan bulanan pemohon dan isteri/suami dari Ahli Dewan undangan Negeri 
  • (ADUN)/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
  • Sekeping gambar warna Ukuran pasport(Terbaru). 

Cara Permohonan

  1. Sila dapatkan borang permohonan secara dalam talian di laman sesawang berikut: http://lphp.perak.gov.my/pendaftaranbaru_lprumah.php
  2. Pastikan borang diisi dengan lengkap dan tepat.
  3. Pastikan alamat email anda adalah betul dan boleh digunakan supaya anda boleh menerima email daripada LPHP selepas mendaftar.
  4. Sila simpan maklumat ini ditempat selamat dan gunakan maklumat ini untuk kemaskini maklumat pendaftaran perumahan anda.
  5. Klik butang “HANTAR”

Cara Kemaskini Pendaftaran Perumahan

  • Layari laman sesawang kemaskini pendaftaran di pautan berikut: http://lphp.perak.gov.my/pendaftaranrumah_lphp.php
  • Kemudian log masuk untuk mengemaskini maklumat pendaftaran perumahan.
  • Sila klik butang Lupa Kata Laluan untuk membuat ketetapan kata laluan baru

Info Lanjut

Sebarang info lanjut dan pertanyaan boleh hubungi

Lembaga Perumahan & Hartanah Perak Agras G, Bagunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak

Atau hubungi di talian : 05-209 5000

Baca juga: Permohonan Program Lesen Memandu MAIPk Asnaf Negeri Perak

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements