Advertisements

Permohonan Dermasiswa UTM Holdings Bagi Pelajar B40

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa UTM Holdings mempelawa pelajar daripada UTM untuk untuk memohon Dermasiswa UTM Hodings.

Untuk makluman, Dermasiswa UTM Holdings adalah daripada sumbangan dana yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah UTM Holdings Sdn Bhd.

Program ini dibuat adalah untuk membantu pelajar UTM yang memerlukan terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Oleh itu, pelajar yang berminat untuk memohon, ikuti perkongsian kami di dalam arkikel ini.

Baca juga : YPJ- Cara Mohon Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022 Negeri Johor

Tempoh Permohonan

Permohonan kini dibuka dan akan ditutup pada:

  • Tarikh Tutup : 13 September 2022
  • Hari : Selasa
  • Waktu : Jam 5.00 petang

Faedah Kepada Penerima

Pelajar yang lulus permohonan dermasiswa ini bakal menerima faedah-faedah yang menarik seperti:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Dianugerahkan dengan satu sijil kecemerlangan yang mengiktiraf pencapaian akademik pelajar.
  • Pemberian wang tunai sebanyak RM5,000 seorang bagi memastikan pengajian pelajar dapat diteruskan tanpa masalah kewangan.
  • Peluang kerja amali “internship” dengan UTM Holdings (jika diperlukan).

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon dermasiswa ini iaitu:

  • Berada di Tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa UTM pada Sesi 2022/2023.
  • Memperoleh PNGK 3.5 ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Kategori B40.
  • Tidak menerima apa-apa biasiswa/pinjaman.

Cara Memohon

Berikut adalah cara-cara untuk memohon Dermasiswa UTM Holdings:

  1. Layari laman web permohonan di pautan berikut https://forms.gle/C3QpJ6gbntJpcyCM6.
  2. Isi maklumat permohonan yang dikehendaki dengan lengkap dan tepat.
  3. Tekan butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai Dermasiswa UTM Holdings, sila hubungi Hotline Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) di talian 011-55599651 atau 07-5530680 atau emel ke [email protected]

Baca juga : Tawaran Bantuan Kemasukan Ke IPT Yayasan Sejahtera Kulai

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.