Advertisements

Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara 2022

Advertisements

Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak ini bertujuan untuk meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.

Selain itu, dapat mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.

Dengan itu, ini dapat menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.

Disamping melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

Baca juga : TASPEN-Permohonan Bantuan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak

DERMASISWA YAYASAN PERAK (DALAM NEGARA)

Kadar Pemberian Bantuan

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut :

BilPeringkat PengajianNilai Bantuan (RM)
(Pendapatan RM5,000 Ke Bawah)
1Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional)RM300.00
2DiplomaRM500.00
3Ijazah Sarjana MudaRM1,000.00
4Ijazah Sarjana (Master)RM1,500.00
5Ijazah Doktor Falsafah (PhD)RM2,000.00

Syarat Dermasiswa Yayasan Perak (Dalam Negara)

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan Dermasiswa Yayasan Perak di dalam negara :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.
  • Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.
  • Anak kelahiran Negeri Perak
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  • Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).

DERMASISWA YAYASAN PERAK (LUAR NEGARA)

Kadar Pemberian Bantuan

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian serta kategori Negara seperti berikut:

Kategori NegaraKategori AKategori B
Peringkat PengajianNilai Bantuan (RM)
Diploma1,500.002,500.00
Ijazah Sarjana Muda3,000.005,000.00
Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah4,000.006,500.00

Sila rujuk infografik di bawah untuk mengetahui agihan Negara mengikut kategori dan Negara :

Nota : Senarai IPT yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) boleh disemak dipautan 

www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

Syarat Dermasiswa Yayasan Perak (Luar Negara)

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan Dermasiswa Yayasan Perak di luar negara :

  • Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu SEMESTAR PERTAMA di TAHUN PERTAMA pengajian sahaja.
  • Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara TIDAK termasuk dalam bantuan ini.
  • Anak kelahiran Negeri Perak
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  • Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan surat tawaran terkini (WAJIB)
  • Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran (JIKA ADA).
  • Salinan MyKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan)
  • Salinan penyata akaun bank pelajar (pemohon)(WAJIB)
  • Salinan Slip ‘Bank-In’ Yuran Pendaftaran (JIKA ADA).
  • Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional.(WAJIB)
  • Sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing-masing. (WAJIB)
  • Salinan Surat kematian atau Surat Bercerai (Jika Berkaitan).
  • Borang Permohonan:
    • Sokongan – Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
    • Perakuan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Wakil Rakyat / Pemimpin Tempatan (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
  • Semua dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Penghulu / Ketua Kampung.

Cara Memohon

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila ke laman rasmi Yayasan Perak

Baca juga : Bantuan RM1,000 Iltizam Mahasiswa Selangor Bagi Pelajar Dari B40

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.