giat mara 2018

Permohonan GIAT MARA 2018: Senarai Kursus & Bantuan Kewangan

Bagi pelajar lepasan SPM yang tak tahu buat apa sepanjang cuti persekolahan ini, anda boleh buat permohonan GIAT MARA 2018 bagi mempelajari ilmu-ilmu kemahiran teknikal dan vokasional.

Elaun bulanan disediakan bagi yang layak.

Ilmu yang dipelajari dari GIAT MARA sangat membantu dalam persediaan menjadikan anda tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Senarai Kursus

Berikut antara 12 kursus yang ditawarkan:

  1. Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology
  2. Kluster Elektrikal (KEL)
  3. Kluster Elektronik Mekatronik
  4. Kursus Kluster Fabrik
  5. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  6. Kluster Hospitaliti
  7. Kursus Kluster Kulinari
  8. Kursus Kluster Mekanikal
  9. Kluster Pembuatan
  10. Kursus Kluster Pengangkutan
  11. Kursus Kluster Percetakan
  12. Kluster Senibina

Jika anda memilih untuk menjadi usahawan, cuba mohon skim TUBE Mega 2018 yang menyediakan bantuan modal perniagaan sehingga RM15,000 tanpa perlu membayar balik.

Antara pensijilan yang dikeluarkan oleh GIAT MARA ialah:

  • Sijil Profesional GIATMARA
  • Sijil Kemahiran GIATMARA
  • Sijil Modular GIATMARA
  • Sijil Teknologi GIATMARA
  • Sijil Kehadiran GIATMARA
  • Sijil Kemahiran Warisan GIATMARA
  • Sijil Perantisan GIATMARA
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 & 
Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)
  • Sijil Kemahiran Malaysia

Permohonan GIAT MARA 2018

Pengambilan GIAT MARA 2018 kini dibuka. Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi GIAT MARA atau layari http://giatmara.edu.my/language/ms/permohonan-online/

Syarat kelayakan bagi mengikuti program ini ialah:

  • Bumiputera.
  • Sihat tubuh badan.
  • Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
  • Berumur dari 15 tahun dan tiada had umur.
  • Berminat dengan bidang yang dipohon.
  • Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Elektrik.

Sesi latihan akan bermula Januari 2018.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan / pertanyaan, sila ke pejabat rasmi mereka di alamat:

WISMA GIATMARA
No 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel: 03-2691 2690
Fax: 03-2691 2820
Emel: [email protected]

Atau berkunjung ke mana-mana pejabat GIAT MARA negeri masing-masing. Untuk lokasi pejabat, layari http://giatmara.edu.my/language/ms/giatmara-negeri-2/

Dapatkan Info Terkini Terus Ke Emel Anda

Jadilah yang terawal mendapat informasi / maklumat terkini Semakan Online

Terima kasih, sila semak INBOX anda sekarang.

Ops! Sila masukkan semula emel anda...