Advertisements

Permohonan ILTIZAM Anak Selangor 2022 Kini Dibuka

Apa itu ILTIZAM Anak Selangor?

Advertisements

Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.

Ia menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.

Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas

Ikuti perkongsian kami mengenai Permohonan Iltizam Anak Selangor di dalam artikel ini.

Baca juga : Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan

Tempoh Permohonan

  • Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.
  • Permohonan boleh dibuat bermula 1 Ogos 2022.
  • Manakala permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.

Cara Permohonan

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di www.anas.yawas.com.my
  2. Muatnaik dokumen sokongan yang diperlukan di dalam sistem permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian dibuat.
  3. Pemohon boleh menyemak status permohonan di laman web www.anas.yawas.com.my
  4. Jika pemohon gagal untuk menghantar dokumen dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan DIGAGALKAN dengan serta-merta

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Salinan sijil lahir anak
  2. Salinan IC Ibu/ bapa/ penjaga yang sah yang layak menjadi pendeposit akaun SSPN Prime anak
  3. Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
  4. Salinan Surat Akuan Berkanun / Sijil Anak Angkat
  5. Salinan akuan sumpah (hubungan selain ibubapa kandung/angkat)

Syarat Permohonan

Dibawah merupakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

KRITERIA ANAK:

  1. Terbuka untuk anak kelahiran bermula tahun 2022
  2. Warganegara Malaysia 
  3. Lahir di Negeri Selangor (Kod Kelahiran Negeri Selangor di dalam Mykid/Sjil Lahir)
  4. Sedang menetap di Negeri Selangor

KRITERIA IBU/BAPA/PENJAGA:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Sedang menetap di Negeri Selangor
  4. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor

NOTA : Tertakluk pada kuota permohonan yang menepati syarat yang telah ditetapkan sehingga 30,000 orang sahaja.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan, sila hubungi saluran berikut:

NOTA : Permohonan Kejora Bakti Siswa Bagi Lepasan SPM/STPM 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements