Bagi pelajar lepasan SPM yang terlepas permohonan kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM bagi fasa pertama pada 15 Mac hingga 15 April 2022 yang lepas, kini anda boleh membuat semula permohonan bagi kemasukan fasa kedua.
Tempoh Permohonan Kemasukan Fasa 2
Kepada pelajar lepasab SPM yang ingin memohon kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM fasa ke-2, anda boleh membuat permohonan mulai :
- 1 Jun hingga 20 Jun 2022
Baca juga : Cara Mohon Kemasukan Program Kolej Matrikulasi Sesi 2022/2023
Syarat Permohonan
Berikut merupakan syarat-syarat am permohonan ke Kolej Matrikulasi KPM adalah :
- Tidak melebihi 20 tahun semasa memohon.
- Warganegara Malaysia.
- Calon SPM Tahun semasa.
Tarikh Penting
- Semakan Keputusan Tawaran/ Setuju Terima : 16 Julai 2022
- Keputusan Rayuan : 29 Julai 2022
- Rayuan Pertukaran : 16-18 Julai 2022
- Keputusan rayuan : 23 Julai 2022
- Ujian aptitud dan temu duga bagi JPPro akan dilaksanakan pada 28 Jun 2022
Objektif Matrikulasi
- Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
- Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memenuhi keperluan institusi pengajian tinggi awam dalam bidang sains, teknologi dan profesional; dan
- Menjana lepasan Program Matrikulasi KPM yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.
Jurusan Pendidikan Yang Di Tawarkan
Terdapat empat (4) jurusan pendidikan yang di tawarkan oleh pihak Matrikulasi KPM iaitu :
- Jurusan Perakaunan Professional
- Jurusan Kejuruteraan
- Jurusan Sains
- Jurusan Perakaunan
Siapa Yang Layak Memohon
Semua pelajar lepasan SPM layak untuk memohon ke Kolej Matrikulasi KPM ini tidak kira dari sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, MRSM dan lain-lain.
Panduan Pengisian Borang Permohonan
Untuk membuat permohonan ke Program Matrikulasi KPM 2022, anda hendaklah mengisi borang secara dalam talian (online).
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Berikut dikongsikan video panduan mengisi borang secara dalam talian :
Nota : Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau
hubungi 03-8884 4083/4042 atau
Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks
Senarai Kolej Maktrikulasi seluruh negeri, sila klik di pautan ini https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi/senarai-matrikulasi
Baca juga : Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP 2022): Semak Status Permohonan