Advertisements

Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 2023

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun 2023 akan dibuka pada 1 September 2022 bermula jam 10.00 pagi.

Oleh itu, MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Disini kami kongsikan beberapa info lanjut mengenai Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 2023.

Baca juga : Tawaran Program Penajaan Pengajian Tertiari- TESP MARA 2022

Pengenalan Mengenai MRSM

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Syarat Kemasukan MRSM

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan bagi pelajar yang ingin membuat permohonan:

  • Calon warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  • Calon mestilah memohon atas talian (online).
  • Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  • calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
  • Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau;
  • Calon lahir 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023.
  • Ibu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman Portal Rasmi MARA.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sila layari laman web di pautan http://www.mara.gov.my

Tempoh Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai :

  • Tarikh Dibuka : 1 September 2022
  • Tarikh Tutup : 4 November 2022
  • Waktu : Mula dibuka pada jam 10.00 pagi.

Lokasi MRSM

Terdapat 55 lokasi MRSM di seluruh Malaysia seperti yang di senaraikan dalam rajah dibawah.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kemasukan MRSM, sila layari Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat dipautan http://www.mara.gov.my atau;

Hubungi di talian : 03-261 32000 atau;

E-mel : [email protected]

Baca juga : Permohonan Dermasiswa UTM Holdings Bagi Pelajar B40

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.