Advertisements

Permohonan Kemasukan Pelajar Baru Institut Kraf Negara Sesi 2022/2023

Advertisements

Institut Kraf Negara adalah sebuah institusi latihan kemahiran awam yang menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf seiring dengan kehendak industri.

Bagi individu yang berusia lingkungan 18 hingga 30 tahun dan berminat serta berbakat dalam bidang kraf, kini anda boleh memohon sambungan pengajian bagi sesi 2022/2023 di Institut Kraf Negara (IKN).

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai permohonan ke Institut Kraf Negera.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-108.png

Baca juga : STAg: Permohonan Program Skim Tunas Agro KEJORA

Tempoh Permohonan

Tempoh permohonan adalah dari 10 Januari 2022 hingga 31 Mei 2022.

Syarat-syarat Kemasukan IKN

Berikut merupakan syarat-syarat AM kemasukan ke IKN:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 30 tahun.
  • Berminat dan berbakat dalam bidang kraf.

Terdapat tiga syarat peringkat pengajian yang boleh dipohon antaranya :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

a) Peringkat Sijil Kemahiran Malaysia

  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.

b) Peringkat Sijil Seni Kraf

  • Memenuhi Syarat Am Institut; dan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 1 (satu) kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan dan Lulus SPM atau setara; dan
  • Lulus temuduga dan ujian lukisan.

c) Peringkat Diploma Seni Kraf

  • Memenuhi Syarat Am Institut; dan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau
  • Sijil Seni Kraf dari Institut Kraf Negara; atau
  • SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan SPM dengan minimum satu kredit atau setara dengannya; dan
  • Lulus temu duga dan ujian lukisan.

Tempoh Pengajiaan

  1. Diploma seni Kraf : 3 tahun
  2. Sijil Seni Kraf : 2 tahun
  3. Sijil Kemahiran Malaysia : 2 tahun (Program Penuh)

Program Yang Ditawarkan

Berikut adalah jenis program yang ditawarkan bagi individu yang berminat untuk menyambung pengajian di institut :

a) Jurusan Seni Kraf Batik

  • Sijil Seni Kraf Batik (Sepenuh Masa)
  • Operasi Pengeluaran Batik (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Batik (Sepenuh Masa)

b) Jurusan Seni Kraf Kayu

  • Sijil Seni Kraf Kayu (Sepenuh Masa)
  • Pengukiran Kayu (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Kayu (Sepenuh Masa)

c) Jurusan Seni Kraf Logam

  • Sijil Seni Kraf Logam (Sepenuh Masa)
  • Kraf Barang Kemas (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Logam (Sepenuh Masa)

d) Jurusan Seni Kraf Rotan

  • Sijil Seni Kraf Rotan (Sepenuh Masa)
  • Jurukraf Rotan Kanan (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Jurukraf Rotan Kanan (Inanam Sabah) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Rotan (Sepenuh Masa)

e) Jurusan Seni Kraf Seramik

  • Sijil Seni Kraf Seramik (Sepenuh Masa)
  • Pengeluaran Kraf Seramik (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Seramik (Sepenuh Masa)

f) Jurusan Seni Kraf Tenunan

  • Sijil Seni Kraf Tenunan (Sepenuh Masa)
  • Penyelia Songket & Dastar (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Penyelia Songket & Dastar (Kota Belud, Sabah) (Sepenuh Masa)
  • Penyelia Tenunan Pua (Betong Sarawak) (Sepenuh Masa)
  • Penyelia Songket & Dastar (Kuching Sarawak) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Tenunan (Sepenuh Masa)

Laluan Kerjaya

Berikut adalah laluan kerjaya bagi lepasan institut :

  • Usahawan kraf
  • Artisan kreatif
  • Pekerja mahir kraf
  • Penjawat perkhidmatan awam
  • Penjawat swasta

Kemudahan Yang Disediakan

Berikut adalah kemudahan yang disediakan bagi penuntut di institusi ini :

  • Asrama percuma
  • Makan dan minum percuma
  • Bahan dan alat bengkel disediakan
  • Elaun sara hidup bulanan disediakan
  • Pelindungan insurans berkelompok disediakan
  • WIFI

Cara Mohon IKN

Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan kemasukan ke IKN :

  1. Layari laman web permohonan http://cms.ikn.gov.my/application/appForm.asp.
  2. Lengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap.
  3. Pastikan maklumat permohonan lengkap diisi.
  4. Klik ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan lebih lanjut mengenai kemasukan ke IKN, sila hubungi di talian 012-2720295/019-3005709.

Baca juga : Cara Mohon Tawaran Biasiswa Pengajian Agama Dari Kerajaan Turki 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements