Advertisements

Permohonan Kemasukan PERDA-TECH Sesi Julai 2022 Kini Dibuka

Advertisements

Permohonan Kemasukan PERDA-TECH Sesi Julai 2022 Bagi Peringkat Sijil dan Diploma Kini Dibuka

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) kini telah pun dibuka untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Untuk makluman, PERDA-TECH merupakan institusi di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang bertempat di Bukit Panchor, Nibong Tebal dan menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat Sijil dan Diploma.

Disini dikongsikan beberapa maklumat mengenai Permohonan Kemasukan PERDA-TECH Sesi Julai 2022 bagi Peringkat Sijil dan Diploma.

Baca juga : Kemasukan GMI Peringkat Diploma Bagi Ambilan Julai 2022 Kini Dibuka

Tarik Tutup Permohonan

Bagi pelajar yang berminat untuk membuat permohonan, boleh membuat permohonan secara online sebelum 30 Jun 2022.

Kemudahan Yang Disediakan

Antara kemudahan yang disediakan untuk pelajar di Institut PERDA-TECH adalah seperti berikut :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Yuran Pengajian adalah PERCUMA (ditanggung oleh Kerajaan)
  • Elaun Sara Diri sebanyak RM250 sebulan sepanjang tempoh pengajian (kecuali peringkat diploma)
  • Penginapan dan pakaian kursus disediakan (kecuali peringkat diploma)

Tawaran Program Pengajian

Berikut adalah tawaran program pengajian di Institut PERDA-TECH :

1) PERINGKAT SIJIL

  • Sijil Teknologi Elektrik (CEE)
  • Sijil Teknologi Kimpalan (CWE)
  • Sijil Teknologi Automotif (CAT)
  • Sijil Seni Reka Pakaian (CAD)
  • Sijil Multimedia Kreatif (CCM)
  • Sijil Kejuruteraan Pertanian (CAE)
  • Sijil Kejuruteraan Mekanikal (CME)
  • Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam (SWE)
  • Sijil Kemahiran Khas Mekanik (Automotif) (SAT)
  • Sijil Kemahiran Khas Jahitan dan Potongan Baju (SFD)
  • Sijil Kemahiran Khas Elektrik (SEE)

2) PERINGKAT DIPLOMA

  • Diploma Multimedia Kreatif (DCP)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk (DPD)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC JITU (DPM)
  • Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif) (DAT)
  • Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Kimpalan) (DKK)

Syarat Kelayakan

Berikat adalah syarat kelayakan untuk kemasukan ke institut ini :

  • Pelajar merupakan warganegara Malaysia.
  • Memiliki SPM atau setaraf.
  • Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Lulus sejarah (bagi SPM 2013 dan ke atas).
  • Berumur tidak kurang 18 tahun.
  • Tidak mengalami masalah rabun warna.
  • Mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan kemasukan Institut PERDA-TECH, pelajar boleh memohon melalui 3 kaedah ini iaitu :

  1. Laman Web : https://www.perda-tech.edu.my/
  2. Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar PERDA-TECH: http://intake.perda-tech.edu.my
  3. Google form: http://tiny.cc/PermohonanSesiJulai-2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kemasukan ke PERDA-TECH, sila hubungi di talian 04-599 1100/011-5675 0438.

Baca juga : Cara Semak Penyata Pencen Persaraan Kerajaan 2022 & Kenaikan 2%

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.