Advertisements

Permohonan Kemasukan Program Diploma KPM Kini Dibuka

PERMOHOAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) SESI 3- 2022/2023 (PENGAMBILAN NOVEMBER)
Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Profesional MARA mempelawa pelajar lepasan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) untuk membuat permohonan kemasukan ke program-program diploma di KPM di seluruh Malaysia.

Oleh itu, permohonan bagi pengambilan November 2022 kini dibuka sehingga 30 September 2022.

Bagi pelajar lepasan SPM yang berminat untuk memohon kemasukan program diploma di Kolej Profesional Mara, sila ikuti pengkongsian kami dalam artikel ini.

Baca juga : Tawaran Tajaan Biasiswa Oleh Japanese Government YLP 2023 

Kemudahan Yang Disediakan

Antara kemudahan atau kebajikan yang disedikan oleh pihak KPM adalah :

  1. Bantuan penuh yuran pengajian. (Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, Koperasi dan Muafakat, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di KPM)
  2. Kemudahan tempat tinggal di asrama bagi semua pelajar baharu.
  3. Kemudahan kafeteria di setiap kolej.

Tawaran Program Diploma

Berikut adalah program diploma yang ditawarkan di KPM :

  1. Diploma in Accounting (DIA)
  2. Diploma in Business Studies (DBS)
  3. Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
  4. Diploma in Entrepreneurship (DEN)
  5. Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
  6. Diploma in Computer Networking (DCN)
  7. Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
  8. Diploma in International Business (DIB)
  9. Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
  10. Diploma in Marketing (DMK)
  11. Diploma in Business and Information Technology (DBIT)
  12. Diploma In Computer Science (DCS)
  13. Diploma In English Communication (DEC)
  14. Diploma In Halal Industry (DHI)

Syarat Kelayakan Am

Syarat kelayakan kemasukan ke KPM adalah seperti berikut :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
  • Berumur 18 sehingga 35 tahun;
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Nota : Syarat Kelayakan Akademi bagi setiap program diploma.

Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di laman web https://hi-edu.my/.
  2. Klik butang Permohonan ke KPM
  3. Klik “Pengguna Baru”
  4. Isi kan maklumat yang dikehendaki
  5. Klik butang “Hantar”
  6. Kembali ke menu utama, isikan “No Kad Pengenalan” & “Kata Laluan”
  7. Kemudian isi maklumat diri dengan lengkap dan tepat.
  8. Borang yang telah lengkap di isi di hantar ke pihak MARA.

Sila klik Disini- Panduan Memohon Kemasukan Ke KPM

Tarikh-tarikh Penting

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting semasa memohon program diploma di KPM.

TEMPOH PERMOHONAN

  • 5 September hingga 30 September 2022.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

  • 19 Oktober hingga 26 Oktober 2022.

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN

  • 4 November hingga 20 Movember 2022

PENDAFTARAN

  • 1 Disember 2022

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

  • Talian : +603-261 34074 / 34076 / 34077 / 34081
  • BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI MARA
    UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM)

Baca juga : i-Belia: Permohonan Bantuan One-Off Belia Terengganu RM150

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.