Advertisements

KPM- Permohonan Kemasukan Program Intensif Bahasa Inggeris (IEF)

Advertisements

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM INTENSIF BAHASA INGGERIS (IEP) KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) SESI 02/2022 PENGAMBILAN OGOS

Apakah Itu Program Intensif Bahasa Inggeris?

Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) adalah program pengajian jangka pendek selama DUA (2) bulan untuk pelajar yang telah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurangkurangnya 3 KEPUJIAN TETAPI mendapat Gred D dalam subjek Bahasa Inggeris serta LULUS
dalam subjek Matematik.

Tawaran Kemudahan Yang Disediakan Oleh MARA

Kemudahan yang disediakan oleh pihak MARA bagi pelajar IEP Kolej Profesional MARA adalah:

  • Yuran pengajian (tuition fee) selama dua (2) bulan ditanggung sepenuhnya oleh MARA
  • Penginapan asrama adalah secara percuma.
  • Elaun Sara Hidup (ESH) sebanyak RM250.00 sebulan akan dibayar kepada pelajar yang telah melengkapkan pengajian IEP dan kemudian mendaftar sebagai pelajar Diploma di Kolej
    Profesional MARA (KPM) pada sesi kemasukan berikutnya.
  • Tiket penerbangan pergi dan balik Kelas Ekonomi sekali dalam pengajian bagi anak kelahiran negeri Sabah yang menetap di luar negeri Sabah. (Pelajar perlu mengemukakan
    tiket asal bagi urusan bayaran balik tiket penerbangan).

Kadar Bayaran Yuran

Kadar bayaran yuran yang dikenakan bagi pengajian IEP di Kolej Profesional MARA adalah:

  • Yuran pendaftaran sebanyak RM100.00 sahaja yang perlu dibayar melalui aplikasi MARAeps atau boleh dibayar melalui laman sesawang MARAeps dipautan http://bayar.maraeps.my/login.

Baca juga : Permohonan Skim Agihan Awal IPT Lembaga Zakat Kedah

Tarikh Tutup

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup program pada 30 Julai 2022

Syarat Permohonan

SYARAT UMUM

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Pemohon dan salah seorang ibu / bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia (bagi IEP di KPM Indera Mahkota, Bandar Melaka, Bandar Penawar, Beranang dan Seri Iskandar)
  1. Pemohon dan salah seorang ibu / bapa berstatus Bumiputera Sabah dan Warganegara Malaysia (bagi IEP di KPM Beaufort, Sabah).
  2. Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun.
  3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  4. Lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  5. Bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  6. MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.

SYARAT KHUSUS

  • Memperolehi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).
  • Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM IEP seperti di bawah:
    • Kemasukan melalui SPM:
      • i. Bumiputera
      • ii. Warganegara Malaysia
      • iii. Memperoleh minimum 3 KEPUJIAN dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf, termasuk subjek:
        • Bahasa Melayu
        • Dua (2) Subjek lain DAN
        • Lulus Bahasa Inggeris dengan Gred D
        • Lulus Matematik dengan minimum gred E

Cara Permohonan

Pemohon boleh melayari laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM), Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) di pautan https://apponline.mara.gov.my/upimonline.

Pendaftaran adalah percuma.

Tarikh-Tarikh Penting

1) Permohonan

  • 4 Julai hingga 30 Julai 2022

2) Semakan Keputusuan Permohonan & Rayuan

  • 5 Ogos hingga 11 Ogos 2022

3) Keputusan Rayuan

  • 15 Ogos hingga 25 Ogos 2022

4) Pendaftaran

  • 27 Ogos 2022

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:

Baca juga: Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements