Advertisements

Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 SBP 2022- KISAS & SMAP LABU

Kenali KISAS Dan SMAP LABU

Advertisements

Latar Belakang Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

Kolej Islam Sultan Alam Shah ialah sebuah sekolah berasrama penuh di Klang, Selangor, Malaysia. 

KISAS atau SASIC (Sultan Alam Shah Islamic College) kini memegang status Sekolah Berprestasi Tinggi sejak tahun 2010 (Kohort 1).

KISAS mempunyai pelajar seramai hampir 800 orang yang berusia antara 16 hingga 19 tahun.

Sehingga kini, KISAS kekal sebagai satu-satunya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mengambil kemasukan pelajar bermula daripada tingkatan empat.

Ramai tokoh intelektual, tokoh politik serta alim ulama telah dilahirkan oleh KISAS semenjak penubuhannya hampir enam dekad yang lalu.

Latar Belakang Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL)

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) atau nama ringkasnya SMAP Labu, merupakan sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh.

Sekolah yang mula beroperasi pada 1982 ini terletak di Kilometer 11, Jalan Labu, Labu, Negeri Sembilan.

SMAP Labu merupakan sebuah sekolah daripada Sekolah Kluster Kecemerlangan (fasa ke-4) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (kohort 2).

SMAP Labu memiliki 315 orang pelajar lelaki dan 358 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 673 orang di samping mempunyai 81 orang guru (statistik 2009).

Baca juga : Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Enam Aliran Tahfiz Tahun 2022

Tempoh Permohonan

Calon SPM 2021 boleh mengisi permohonan pada 22 Jun 2022 selepas keputusan SPM 2022 diumumkan.

Manakala tarikh tutup permohonan pula pada 30 Jun 2022.

Syarat Permohonan

Berikut merupakan beberapa syarat permohonan ke Tingkatan 6 SBP yang perlu di patuhi oleh pemohon:

  • Terbuka kepada  warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Memperolehi Kepujian atau sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran :
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Arab
    • Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari’ah  Islamiah/ Pendidikan  Al-Quran  dan Al-Sunnah / Usul Al-Din/ Al-Syariah/ Manahij Al-‘Ulum Al Islamiah/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah.
  • Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga (3) mata pelajaran terbaik.

Cara Permohonan

Berikut adalah cara permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 SBP:

Permohonan boleh membuat permohonan – DI SINI

Permohonan Rayuan

Bagi calon yang berjaya, mereka akan dihubungi oleh pihak sekolah Kolej Sultan Alam Shah dan SMA Persekutuan Labu.

Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam (6) Kolej Sultan Alam Shah dan SMA Persekutuan Labu akan dihantar kepada calon yang berjaya melalui email yang diberikan.

Manakala bagi calon yang gagal, mereka boleh mengemukakan surat rayuan dan dihantar ke:

Email : [email protected] bermula 4 Julai 2022 hingga 18 Julai 2022.

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia untuk maklumat lanjut berkaitan tingkatan enam.

Baca juga : Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP 2022): Semak Status Permohonan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements