Advertisements

Permohonan Kemasukan Tingkatan Enam SMA Negeri Terengganu 2022

Advertisements

Untuk makluman, Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah membuka permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Terengganu.

Tawaran ini hanya dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang mengambil aliran agama sahaja.

Bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu, sila layari di pautan ini http://smaonline.terengganu.gov.my/.

Dibawah di kongsikan beberapa info lanjut mengenai permohonan kemasukan tingkatan 6.

Baca juga : Permohonan Biasiswa Penuh Dermasiswa B40 DRB HICOM 2022

Tempoh Permohonan

Pelajar boleh membuat permohonan kemasukan ke tingkatan enam bermula :

  • 23 Jun 2022 hingga 7 Julai 2022

Peperiksaan & Sekolah Ditawarkan

Berikut merupakan sekolah menengah agama yang ditawarkan :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • STPM Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
  • STPM Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut
  • STAM Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman

Syarat Permohonan

Berikut merupakan beberapa syarat-syarat yang perlu di penuhi oleh pelajar yang ingin membuat permohonan ke tingkatan enam :

1) Sekolah Menengah Agama (STAM) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu

SYARAT AM:

  • Berumur tidak kurang 17 tahun atau melebihi 20 Tahun pada pengambilan pelajar PRA-U STAM 2022.
  • Warganegara Malaysia.
  • Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.
  • Terbuka kepada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT) sahaja.

SYARAT KHAS:

  • Memenuhi syarat am.
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya TIGA (3) C bagi mata pelajaran Kurikulum.
  • Bersepadu Dini (KBD) dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

2) Sekolah Menengah Agama (ATAS) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu & Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman

SYARAT AM:

  • Berumur tidak kurang 17 tahun atau melebihi 20 Tahun pada pengambilan pelajar PRA-U STAM 2022.
  • Warganegara Malaysia.
  • Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.
  • Pelajar yang layak memohon dari :
    • Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT)
    • Madrasah Moden Terengganu (MMT)
    • Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK Luar Terengganu)
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
    • Sekolah Menengah Kebangsaan, Kelas Aliran Agama (KAA)
    • Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
    • Sekolah Menengah Agama Swasta

SYARAT KHAS:

  • Memenuhi Syarat Am
  • Memperoleh Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 seperti berikut :

3) Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman

SYARAT AM:

  • Berumur tidak kurang 17 tahun atau melebihi 20 Tahun pada pengambilan pelajar PRA-U STAM 2022.
  • Warganegara Malaysia.
  • Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.
  • Pelajar yang layak memohon dari :
    • Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT)
    • Madrasah Moden Terengganu (MMT)
    • Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK Luar Terengganu)
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
    • Sekolah Menengah Kebangsaan, Kelas Aliran Agama (KAA)
    • Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
    • Sekolah Menengah Agama Swasta

SYARAT KHAS:

  • Memenuhi syarat am.
  • Memperoleh keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 seperti berikut :

Cara Memohon

berikut merupakan cara-cara untuk memohon kemasukan SMA Negeri Terengganu :

  1. Layari laman web http://smaonline.terengganu.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Permohonan.’
  3. Isi no kad pengenalan dan klik butang ‘Hantar/Semak.’
  4. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  5. Klik butang ‘Hantar.’

Tarikh Penting Kemasukan SMA 2022

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai kemasukan Tingkatan Enam SMA Negeri Terengganu, sila layari laman web : http://smaonline.terengganu.gov.my/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements