PERMOHONAN MURID TINGKATAN SATU KE SEKOLAH SENI MALAYSIA (SSeM) BAGI TAHUN 2023/2024
Untuk makluman permohonan murid ke tingkatan satu ke Sekolah Seni Malaysia kini dibuka!
Bagi pelajar tingkatan satu tahun 2023/2024 yang ingin membuat permohonan boleh membuat permohonan pada 20 Julai 2022.
Berikut dikongsikan info lanjut mengenai Sekolah Seni Malaysia.
Tempoh Permohonan
Permohonan akan dibuka pada 20 Julai 2022 hingga 30 September 2022.
Baca juga: Permohonan Biasiswa Pahang Sekolah Menengah (Tingkatan 1 & 4 2022)
Tawaran Bidang Kesenian
Bidang kesenian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Seni Muzik
- Seni Tari
- Seni Teater
- Seni Visual
Jumlah & Lokasi Sekolah Seni Malaysia
Berikut merupakan jumlah dan lokasi Sekolah Seni di Malaysia:
- Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai;
- Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching;
- Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L;
- Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara.
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
- Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
- Sihat tubuh badan
- Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses
Syarat Kemasukan
- Lulus Uji Bakat
- Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
- Wajib tinggal di asrama bagi murid yang berjaya (tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan)
- Perlu sediakan rekod kesihatan murid
- Calon yang memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan akan ditolak.
Panduan Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online).
Berikut merupakan tatacara untuk membuat permohon.
- Layari laman sesawang https://essem.moe.gov.my

- Login pemohon

- 1. Bagi pengguna (pemohon) yang pertama kali memasuki sistem ini, sila klik link DAFTAR
KALI PERTAMA untuk mendaftar terlebih dahulu.

- 2. Masukkan Kata Laluan, Ulang Kata Laluan, Soalan Keselamatan dan Jawapan seperti contoh yang ditunjukkan di atas dengan lengkap. Kata laluan yang dimasukkan mestilah
mengikut format yang ditetapkan.
- 3. Setelah semua maklumat lengkap diisi, klik pada butang DAFTAR untuk meneruskan pendaftaran atau klik pada butang MENU UTAMA untuk kembali ke halaman utama.

Nota:
- Jika pengguna telah mendaftar dan mempunyai Katalaluan, sila terus login ke dalam sistem.
- Ikuti laman sesawang di pautan ini untuk panduan manual permohonan: https://essem.moe.gov.my/Manual_pengguna/Pemohon.pdf
Info Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:
1. Pn Zuraini Binti Abu Hassan
Tel : 03-88721616
2. Cik Noor Azilah Binti Ismail
Tel : 03-88721760
Atau emelkan pertanyaan ke :
Email : [email protected]
Baca juga: Permohonan Biasiswa KarangKraf 2022