pas bulanan pengangkutan awam bas

Permohonan RM100 + RM50 Pas Bulanan Pengangkutan Awam & Bas

Dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan 2 November lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM240 juta bagi menyediakan pas bulanan pengangkutan awam RM100 sebulan dan pas bulanan bas RM50 sebulan.

Ianya akan mula dilaksanakan bermula 1 Januari 2019 meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL.

Pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan diberikan khusus bagi penggunaan perkhidmatan bas RapidKL yang ketika ini terkenal sebagai hab penghubung antara kemudahan perkhidmatan rel dan lokasi setempat.

Pas bulanan ini akan diperluas bagi syarikat bas lain secara berperingkat.

Cara Memohon

Untuk makluman, pas bulanan ini hanya boleh dipohon oleh pemegang MyKad, MyTentera dan MyKid (warganegara).

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pas perjalanan dijangka boleh mula dilanggan pada 1 Disember ini dan digunakan bermula 1 Januari 2019.

Langganan pas ini boleh dibuat di semua kaunter di stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) dan empat hab bas iaitu Hab Bandar Shah Alam, Greenwood (Gombak), Sri Nilam (Ampang) dan Terminal Kajang.

Penggunaan pas perjalanan ini membabitkan enam mod pengangkutan iaitu MRT, LRT, monorel, bas Rapid KL, Bas Rapid Transit (BRT) dan bas pengantara MRT.