Advertisements

Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (Kelayakan & Bayaran)

Advertisements

Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi tujuan perjalanan keluar negara.

Oleh itu sebelum anda keluar negara, anda perlulah membuat pasport antarabangsa terlebih dahulu.

Di bawah dikongsikan maklumat lanjut mengenai permohonan pasport Malaysia Antarabangsa.

Baca juga : Permohonan Gantian Kad Pengenalan (MyKad)

Kelayakan Pemohon

Permohonan hanya layak untuk warganegara Malaysia sahaja.

Tempat Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan pasport Malaysia di :

  • Semua Pejabat Imigresen di Malaysia
  • Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara

Tempoh Sah Laku

Tempoh sah laku penggunaan pasport hanya maksimum 5 tahun dari tarikh dikeluarkan sahaja.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kadar Bayaran

Berikut adalah kadar bayaran untuk setiap permohonan mengikut kategori :

aPemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun)RM200.00
bWarga emas (60 tahun ke atas)RM100.00
cKanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)RM100.00
dPelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah)RM100.00
eJemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik)RM100.00
fOrang Kelainan Upaya (OKU)Percuma

Nota :

  • Bagi pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di luar negara perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut:
    • Surat tawaran IPT atau Agensi Pengambilan Pelajar atau surat tawaran biasiswa/ tajaan
    • Resit bayaran yuran pendaftaran; dan
    • Kad Matrik Pelajar (jika sedang belajar)
  • Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.

Jenis Bayaran

Pemohon boleh membuat bayaran secara :

  • Tunai
  • Kad Kredit
  • Wang Pos atau Bank Draf yang dipalang atas nama

Dalam Malaysia: Ketua Pengarah Imigresen Malaysia / Pengarah Imigresen Negeri

Luar Malaysia: Suruhanjaya Tinggi Malaysia/ Penolong Suruhanjaya Tinggi Malaysia/ Kedutaan Besar Malaysia/ Konsulat Jenderal Malaysia (dimana berkaitan)

Prosedur Permohonan

Berikut adalah langkah-langakah untuk membuat permohonan pasport Malaysia Antarabangsa :

  • Hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
  • Permohonan di kaunter bagi Pejabat Imigresen di Malaysia atau di Pejabat Atas di Singapura, New York, London, Hong Kong, Melbourne dan Jakarta tidak perlu membawa gambar kecuali permohonan yang dikemukakan melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
  • Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun digalakkan membawa bersama mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Spesifikasi Gambar Pasport

Dibawah dikongsikan contoh spesifikasi gambar pasport untuk dewasa :

  • Pemohon perlu memakai pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada.
  • Memandang tepat ke arah kamera, mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup.
  • Tidak memakai topi / rambut tidak melindungi wajah dan tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung.
  • Pemakaian lensa mata dan cermin mata tidak dibenarkan semasa mengambil gambar.
  • Pemohon yang memakai tudung harus memakai tudung berwarna gelap.
pasport6

Bagi spesifikasi untuk gambar kanak-kanak di bawah 4 tahun pula adalah :

  • Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang.
  • Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25-30mm (50% – 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO).

Permohonan 18 Tahun Dan Ke Atas

Berikut merupakan syarat-syarat dan jenis pemohonan untuk 18 tahun dan ke atas :

Jenis PemohonanSyarat-Syarat
Lahir di Malaysia– MyKad pemohon
– Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan pemohon diperlukan.
Lahir luar negara– MyKad pemohon
– Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.– MyKad pemohon dan Sijil Lahir. 
– Pemegang MyKad mesti bertanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak.
– Manakala MyKad tanpa tanda tersebut perlulah diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). (Tertakluk pada syarat-syarat JPN).
– Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan.

Catatan : Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.
Pegawai dan Anggota Tentera– Kad Pengenalan tentera / My tentera
Pegawai dan Anggota Polis– Kad Pengenalan tentera ; dan
– Sijil Lahir

Permohonan Bawah 18 Tahun

Berikut merupakan syarat-syarat dan jenis pemohonan untuk bawah18 tahun :

Jenis PemohonanSyarat-Syarat
Lahir di Malaysia– MyKad / MyKid pemohon
– Sijil lahir pemohonMyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
Lahir luar negara– MyKad / MyKid pemohonBorang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW )
– Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
– MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.– MyKad /Mykid pemohon dan Sijil LahirBorang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)
– MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
– Pemegang MyKad mesti bertanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak.
– Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir .

Catatan 1: 
– Mykad/Mykid   tanpa tanda ‘H’ /’K’ perlu     diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN).

Catatan 2 :
– Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak .
– Kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.
Jika ibu dan bapa telah meninggal dunia– MyKad /MyKid pemohon.Sijil lahir pemohon.
– Sijil kematian ibu/bapa.Surat sumpah hak penjagaan anak oleh penjaga yang sah.
– Kad Pengenalan penjaga yang sah / Pasport Penjaga yang sah (jika bukan warganegara).
– Sijil lahir penjaga yang sah (jika perlu).
Jika ibu dan bapa bercerai– MyKad /MyKid pemohon.
– Sijil lahir pemohon.
– Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak.
– MyKad ibu/bapa yang diberi hak penjagaan yang sah/ Pasport Penjaga yang sah (jika bukan warganegara).
Jika pemohon adalah anak angkat– MyKad /MyKid pemohon.
– Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
– MyKad ibu/bapa angkat / pasport yang sah( bukan warganegara).
Jika pemohon telah berkahwin– MyKad pemohon
– Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai)

Maklumat Am

  • Penggunaan perkataan anak lelaki (A/L) dan anak perempuan (A/P) bagi kaum India dan bukan Islam di muka surat utama Pasport Malaysia telah dimansuhkan tetapi dinyatakan pada muka surat ‘PEMERHATIAN/OBSERVATION’
  • Jika pemohon di bawah usia 18 tahun, MyKad ibu atau bapa diperlukan
  • Pasport Malaysia yang tidak dituntut selepas tiga (3) bulan dari tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan dibatalkan dan dilupuskan. Pemohon yang pasport telah dibatalkan jika memerlukan paspot hendaklah mengemukakan permohonan baru mengikut proses biasa beserta bayaran
  • Tiada lagi kemudahan memasukkan butir-butir kanak- kanak dalam pasport ibu atau bapa. Kanak-kanak (termasuk bayi yang baru dilahirkan) perlu memohon secara berasingan dan ibu bapa boleh memohon untuk menukar gambar setelah bayi meningkat usia 3 tahun ke atas disertai dengan 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang, sijil lahir dan hadir bersama-sama anak berkenaan di Pejabat Imigresen
  • Berdasarkan Akta Penjagaan Kanak-Kanak (Guardianship Act 1961 – Pindaan 1999, ibu kini boleh seperti bapa membuat pengesahan bagi permohonan anak bawah 18 tahun
  • Pasport yang dilaporkan hilang dan dijumpai semula tidak boleh digunakan dan maklumat akan disalurkan kepada pihak INTERPOL

Baca juga : Permohonan Visa Dengan Rujukan (Pas Lawatan Sosial)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.