Advertisements

Cara Mohon Penangguhan Bayar Balik Pinjaman PTPTN Akibat Banjir

Advertisements

Mulai 28 Disember hingga 31 Mac tahun depan, semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terkesan akibat banjir ketika ini boleh mengemukakan permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman.

Menurut PTPTN, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat banjir ini akan diberikan selama tempoh tiga bulan dan dua bulan ke hadapan antara Disember 2021 hingga Mei 2022 bermula pada bulan yang sama tempoh kelulusan yang diberikan oleh PTPTN.

Baca juga: Diskaun PTPTN Hingga 15% Mulai 1 November 2021 (Bajet 2022)

Di samping itu, PTPTN turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman itu bagi mereka (mangsa) yang terkesan akibat banjir.

Selain itu, PTPTN juga turut memastikan urusan terbabit dapat dilaksanakan dengan baik demi kebajikan peminjam.

Usaha ini dilakukan adalah untuk memelihara kebajikan rakyat dan peminjam PTPTN khususnya dalam membuktikan keprihatinan kepada golongan yang terjejas bagi memastikan kelangsungan hidup mereka.

Cara Mohon Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Banjir

Bagi memudahkan pepinjam membuat permohonan bayar balik pinjaman PTPTN, ikuti langkah dibawah ini:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Langkah 1: Permohonan boleh membuat penanguhan pembayaran balik PTPN melalui portal rasmi di www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalikBanjir

Langkah 2: Pemohon boleh hadir ke mana-mana cawangan PTPTN yang berhampiran untuk membuat permohonan.

Nota: Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat permohonan berkenaan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila melayari portal rasmi PTPTN: www.ptptn.gov.my .

Disamping itu, boleh hubungi PTPTN melalui talian:

Baca juga: TNB Beri Rebat 100 Peratus Bil Elektrik Disember Untuk Mangsa Banjir

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.