Advertisements

Permohonan Pengambilan Guru Tabika Kemas 2022

Advertisements

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mempelawa kepada seluruh warga Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai minat mengajar untuk memohon menjadi Guru Tabika KEMAS (Gred S19) di setiap negeri.

Melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, KEMAS telah membuka permohonan kepada individu yang berkelayakan untuk menjadi warga pendidik.

Bagi lepasan graduasi, anda boleh segera memohon jawatan yang ditawarkan ini sebelum tarikh permohonan ditutup.

Tarikh Permohonan Guru Tabika Kemas 2022

  • Tarikh Buka: 13 Disember 2021 (Isnin)
  • Tarikh Tutup: 2 Januari 2022 (Ahad).

Baca juga: Bantuan Khas Mahasiswa Perak 2.0: Tunai RM150 & Baucar Tiket RM50

Syarat Dan Kelayakan Pemohon

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atauu kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setraf kerajaan.
  • Keutamaan kepada calon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut bidang jawatan.
  • Telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip.
  • Nilai CGPA 2.70 ke atas.
  • Bukan kakitangan lantikan tetap atau kontrak dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan untuk tabika.

Maklumat Asas Kursus

  • Institut / Pusat Latihan KEMAS : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
  • Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS.
  • Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

Panduan Dan Borang Permohonan

  • Pemohon hanya dibenarkan untuk mengisi satu (1) jawatan sahaja.
  • Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat seperti dinyatakan akan ditolak.
  • Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian sahaja akan diproses

Panggilan Temuduga

  • Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  • Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya serta surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

Sumber: Portal Rasmi KEMAS

Baca juga: Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.