Advertisements

Permohonan PerantiSiswa Fasa 2- Bantuan Tablet Percuma Bagi Pelajar IPT

Advertisements

KEMASKINI Permohonan dan cara daftar pengguna PerantiSiswa Keluarga Malaysia 2022.

Untuk makluman, Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia 2022 dijangka akan dibuka mulai 1 Ogos 2022 hingga 30 September.

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia 2022 adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Inisiatif ini bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti.

Berikut dikongsikan terma dan syarat serta cara untuk daftar sebagai pengguna PerantiSiswa keluarga Malaysia.

Baca juga : Tawaran Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu (SPC)

Kelayakan Pemohon

Kelayakan hanya akan diberikan kepada pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 untuk menikmati tawaran pakej ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Permohonan

Dibawah merupakan syarat-syarat permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
  3. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi atau Kementerian Pendidikan Malaysia;
  4. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
  5. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
  6. Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.

Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat

Buat masa ini, antara syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah:

  • YTL Communications Sdn Bhd (YES),
  • Celcom Axiata Berhad (Celcom),
  • Maxis Berhad (Maxis),
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
  • Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile).

Cara Daftar Pengguna

Sebelum memohon Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia, pemohon perlu mendaftarkan diri secara dalam talian di:

  • Sila layari laman web di pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my/
  • Klik butang “Daftar Pengguna”
  • Isikan segala maklumat pengguna dengan tepat dan lengkap
  • Klik butang “Daftar”

Tempoh Pendaftaran

Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada 1 OGOS 2022.

Info Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia sila ke laman web Perantisiwa

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements