Advertisements

YPJ- Permohonan Pinjaman Dalam Negara Sesi 2/2022 Kini Dibuka

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pinjaman Dalam Negara bagi Sesi ke- 2 tahun 2022 kini dibuka.

Permohonan ini khusus untuk pelajar peringkat Diploma dan Ijazah Sepenuh Masa sahaja dan terbuka kepada pelajar IPTA dan Kolej YPJ.

Pelajar IPT yang memenuhi syarat permohonan dan berminat untuk membuat permohonan, ikuti perkongsian di artikel ini.

Baca juga : Pembiayaan Pendidikan Untuk Pengajian Professional Perakaunan

Tempoh Permohonan

Permohonan telah dibuka bermula 28 Ogos dan akan berakhir pada 30 September 2022 bermula jam 10 pagi.

Jenis IPT & Taraf Pengajian Yang Ditaja

Berikut terdapat dua jenis tajaan Institusi Pengajian Tinggi iaitu:

1) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Semua IPTA (Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)

2) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

  • Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (Diploma sahaja)
  • Kolej Kemahiran Johor (KKJ) (Sijil Kemahiran & Diploma Kemahiran sahaja)

Syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon seperti:

  • Lahir dan menetap di Negeri Johor
  • Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan
  • Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun
  • Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa)
  • Kursus yang diikuti mestilah sepenuh masa
  • Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan)

PENTING : Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan perkapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Dokumen Wajib

Berikut adalah dokumen sokingan yang perlu disediakan oleh pemohon:

  1. Slip pengesahan permohonan “Pinjaman Pelajaran Dalam Negara”
  2. Salinan kad pengenalan pelajar
  3. Salinan sijil kelahiran
  4. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga
  5. Salinan penyata pendapatan ibu dan bapa / penjaga (slip gaji/ penyata pendaftaran/ pencen)
  6. Salinan surat tawaran IPT
  7. Salinan sijil berhenti sekolah
  8. Salinan sijil SPM
  9. Salinan keputusan peperiksaan terkini IPT (Jika Berkaitan)
  10. Salinan sijil kematian / penceraian (Jika Berkaitan)
  11. Salinan bil elektrik & bil air yang terkini

Nota : Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK / yang setaraf dengannya

Cara Memohon

Ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  • Layari laman web http://prolims.ypj.gov.my/
  • Tekan butang ‘Permohonan Pra Pendaftaran.’
  • Isi maklumat yang diperlukan dan tekan butang ‘Daftar Pra Permohonan.’
  • Log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
  • Isi permohonan sehingga selesai.
  • Muat turun slip pengesahan permohonan tersebut.

Cara Menghantar Dokumen Permohonan Dan Sokongan

1) KAEDAH SERAHAN TANGAN DI KAUNTER YPJ

  1. Susun dokumen permohonan mengikut turutan “Dokumen Wajib”.
  2. Semakan awal di kaunter sama ada dokumen lengkap atau tidak. Jika tidak lengkap, set dokumen dipulangkan.

2) KAEDAH POS

  1. Susun dokumen permohonan mengikut turutan “Dokumen Wajib”.
  2. Masukkan kesemua dokumen sokongan ke dalam sampul surat berwarna Coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  3. Tuliskan Jenis Permohonan di Penjuru Kanan Atas jenis permohonan yang di pohon, sama ada “Pinjaman Pelajaran” ATAU “Skim Bantuan Pendaftaran (SBP)”.
  4. Dokumen yang telah dimasukkan ke dalam sampul surat tersebut, boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai “tracking number”.
  5. Semakan dalam sistem “tracking” sama ada dokumen telah diterima dalam tempoh 7 hari.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahu maklumat lanjut mengenai Pinjaman Dalam Negara sila layari laman web YPJ di http://portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/

Baca juga : YPJ- Cara Mohon Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022 Negeri Johor

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.