Advertisements

Permohonan Pinjaman Pendididikan Negeri Pulau Pinang Sesi 2022/2023

Pengenalan

Advertisements

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwujudkan pada tahun 1970 dengan tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegera Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.

Bagi pelajar kelahiran Negeri Pulau Pinang yang ingin memohon Pinjaman Pendididikan Negeri Pulau Pinang Sesi 2022/2023 boleh lah membuat permohonan sekrang.

Ikuti perkongsian kami dibawah ini.

Baca juga :Permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan Asnaf Fakir & Miskin MAIM

Tempoh Permohonan

  • Tarikh Buka Permohonan: 1 Jun, setiap tahun.
  • Tarikh Tutup Permohonan: 20 September 2022.

Nota : Sekiranya tarikh tersebut jatuh pada Hari Kelepasan Am / Cuti Umum maka tarikh tutup Permohonan ditetapkan pada hari terakhir bekerja sebelum tarikh tersebut.

Syarat Permohonan

  • Anak kelahiran Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
  • Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja.
  • Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).
  • Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.
  • Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak memohon.
  • Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.
  • Tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun
    (Cth: Jun 2019 – Jun 2020).
  • Penerima pinjaman Penaja lain tidak layak memohon. (PTPTN/MARA/JPA/Mybrain dan sebagainya)

Dokumen Yang Diperlukan

Sila lampirkan dokumen-dokumen berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari (IPTA/IPTS)
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)Sekolah Menengah
  • Sekiranya bukan anak negeri : Sila sediakan Sijil Berhenti Sekolah, Surat Akuan Sekolah Rendah dan Menengah
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf
  • Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada)
  • Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada)
  • Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)
  • Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada)
  • Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). Salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan. Sila Klik Untuk Contoh MQA

Kadar Pinjaman

Berikut adalah jumlah pinjaman yang ditawarkan :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Proses Pinjaman

Ikuti langkah-langkah permohonan dibawah ini :

  1. Semak kelayakan memohon Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
  2. Pastikan anda penuhi syarat kelayakan yang di tetapkan.
  3. Daftar permohonan secara Online di Laman Web berikut : https://epp.penang.gov.my
  4. Semak emel yang didaftarkan dan klik URL yang disertakan.
  5. Isi permohonan secara online.
  6. Pastikan anda isi semua ruangan secara lengkap dan betul.
  7. Klik butang “Hantar” setelah lengkap borang diisi.
  8. Cetak borang dan senarai semakan permohonan.
  9. Hantar borang permohonan yang telah dicetak dan juga dokumen.

Nota :

  • Pengguna tidak digalakkan membuat permohonan secara online melalui paparan di telefon bimbit.
  • Sila rujuk infografik dibawah ini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pentadbiran ini di talian 046505391 / 5165 / 5627.

Baca juga : Permohonan Kemasukan Tingkatan Enam SMA Negeri Terengganu 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements