Advertisements

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Sesi Mei 2022

Advertisements

Untuk makluman, Yayasan Pahang telah mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang bagi sesei Mei 2022.

Tawaran ini hanya tertakluk kepada anak kelahiran Pahang atau yang telah bermastautin selama lebih 10 tahun.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat tentang permohonan pinjaman pendidikan Yayasan Pahang.

Baca juga : BUDI Sabah : Bantuan Tunai Pendaftaran IPT 2022 Sehingga RM2,000

Tarikh Permohonan

  • Mula mohon : 18 Mei 2022 (Rabu)

Tarikh Tutup Permohonan

  • Tutup permohonan : 7 Jun 2022 (Selasa)

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan pemohon yang ingin membuat permohonan pinjaman pendidikan Yayasan Pahang :

  • Pemohon atau Ibu atau bapa adalah anak kelahiran Negeri Pahang Darul Makmur.
  • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Negeri Pahang, dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10 ) tahun dan berhasrat menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik Oleh Yayasan Pahang/ Pegawai Daerah/ Penghulu Mukim.
  • Pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak untuk memohon.
  • Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
  • Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
  • Medapat tawaran dari IPTA/S mengikut kategori yang diberikan.

Kategori Dan Peringkat Pengajian

Berikut adalah kategori dan peringkat pengajian yang layak untuk membuat permohonan pinjaman pelajaran ini :

Program Kemahiran

Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa (Pinjaman meliputi yuran pengajian dan sara hidup)

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Program Kemahiran di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skill (KYPAS) @ Pahang Skills

[email protected]

Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa RM4,500 Setahun

  1. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian ( semester 2 dan ke atas) di Politeknik yang tidak mendapat penajaan dari mana mana badan penaja

Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana

Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa (Diploma/ Ijazah Sarjana Muda) RM3,000 setahun, Separuh Masa (Sarjana) Yuran Pengajian Sebenar atau maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian

  1. Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)

Diploma/Ijazah Sarjana Muda

Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa RM3,000 (kos penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)

  1. Diploma/ Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)

Ijazah Sarjana [email protected] IPTA

Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa RM3,000 Setahun (penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)

  1. Pemohon perlu memiliki kelulusan di peringkat Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 keatas atau Lulus Matrikulasi/ Asasi Atau STPM dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas
  2. Memiliki sekurang-kurangnya tahap Band 2 dalam Malaysia University English Test (MUET)

Sarjana/[email protected] IPTA

Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa RM3,000 Setahun (penajaan meliputi kos sara hidup sahaja), Separuh Masa Yuran Pengajian sebenar atau maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian

  1. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana Kelas Kedua Tinggi atau dengan mendapat CGPA 3.00 keatas

Cara Permohonan

Pemohon boleh membuat permohonan dengan menghantar dokumen-dokumen yang di perlukan dan berkaitan dengan memuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang serta memilih ikon Biasiswa IPT di pautan sispen.yp.org.my

Panduan Mengisi Borang Secara Talian

Bagi pemohon yang tidak tahu untuk mengisi borang secara talian, sila ikuti langkah-langkah di pautan ini : https://www.yp.org.my/wp-content/uploads/2021/12/PANDUAN-MENGISI-PERMOHONAN-SECARA-ATAS-TALIAN.pdf

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila berhubung terus ke:

YAYASAN PAHANG

Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,

Pahang Darul Makmur

Tel : 09-5181800

atau layari: www.yp.org.my/yp2016/my

Baca juga : Cara Mohon Bantuan Skim Rawatan Jantung Selangor 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.