Advertisements

Permohonan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi TAPEM

Advertisements

Pinjaman Wang Pengajian Tinggi TAPEM adalah merupakan aktiviti utama TAPEM. 

Pinjaman ini terbuka kepada “ANAK NEGERI MELAKA” Bumiputera dan Bukan Bumiputera bertaraf warganegara Malaysia yang sedang menuntut atau telah mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri.

Pinjaman ini adalah alternatif selain daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi melanjutkan pelajaran ke IPT.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai pinjaman ini.

Baca juga: Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi TAPEM 2022

Kelayakan Memohon

  • Pemohon lahir di Negeri Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka dan
  • Menetap di dalam Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang tersenarai dalam tajaan Tabung Amanah PendidikanNegeri Melaka (TAPEM) sahaja.
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform yang telah berkhidmat dan bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Melaka serta disahkan oleh majikan atau ADUN kawasan.
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak memohon.

Cara Memohon

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan memilih pautan e-TAPEM di laman web https://tapem.melaka.gov.my atau terus ke alamat  https://tapemonline.melaka.gov.my.
  • Pemohon perlu mencetak permohonan yang dibuat secara atas talian dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan (rujuk muka depan borang permohonan yang telah dicetak).
  • Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen telah telah disahkan oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas/ Penghulu/Pengerusi Japerun/ Pengerusi MPKK atau Sidang hendaklah dihantar ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh tutup tawaran.
  • Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Perjanjian

Pelajar yang menerima tawaran pinjaman perlu menandatangani Surat Perjanjian beserta dua (2) orang penjamin

Jumlah Pinjaman

Jumlah pinjaman adalah berbeza mengikut pengajian dan kursus yang diambil selain pendapatan isi keluarga juga diambil kira. Rujuk jumlah pinjaman mengikut sektor awam atau swasta di bawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pembayaran Balik

  • Selepas 6 bulan tamat tempoh pengajian, pelajar-pelajar akan diberi surat jadual pembayaran balik sepenuhnya pinjaman yang diterima mengikut kadar dan tempoh yang ditetapkan
  • Pelajar-pelajar yang gagal/diberhentikan atau meninggalkan pengajian dikehendaki membayar balik sepenuhnya dengan serta merta jumlah pinjaman yang diterima
  • Sebarang rayuan mengenai pinjaman tertakluk kepada pertimbangan Lembaga. Keputusan Lembaga adalah muktamad.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements