Advertisements

Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara LPSM 2022

Advertisements

Untuk makluman, permohonan Program Khas Lepasan SPM dalam negara telah di buka.

Bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2021 yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ adalah dipelawa untuk
melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Ikuti perkongsian maklumat tentang permohonan LPSM JPA ini.

Baca juga : Pengambilan Munsyi Dewan (Sastera) DBP 2022

Konsep Pembiayaan

Konsep pembiayaan yang ditawarkan adalah Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Penaja Mengikut Pengajian

Penajaan di bawah Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) ini adalah secara berpakej merangkumi peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama.

Calon-calon yang berjaya akan mengikuti program persediaan di kolej persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Seterusnya, penajaan peringkat Ijazah Pertama adalah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara sahaja tertakluk kepada pelajar melepasi Had Kecemerlangan Akademik (HKA) di Peringkat Persediaan.

Sekiranya pelajar yang ditaja tidak menamatkan kursus persediaan atau menamatkan kursus persediaan tetapi gagal melepasi HKA yang ditetapkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar tersebut boleh ditamatkan.

Jika pelajar enggan meneruskan penajaan di peringkat Ijazah Pertama di bawah tajaan JPA atau enggan mematuhi syarat-syarat penajaan yang ditetapkan oleh JPA bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar akan ditamatkan dengan tuntutan ganti rugi.

Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja

Berikut merupakan beberapa bidang pengajian yang tidak ditawarkan oleh penajaan seperti:

  • Pendidikan
  • Kejururawatan
  • Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License)
  • Kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).

Syarat Permohonan

Calon-calon yang ingin memohon program ini perlulah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan seperti berikut:

SYARAT UMUM CALON

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu/bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA.
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana
    agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
  5. Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat pertama kali.
  6. Umur belum mencapai 19 tahun (atau 20 tahun bagi pelajar
    peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
  7. Keutamaan diberikan kepada calon daripada keluarga berpendapatan kategori B40 dan M40.

SYARAT KHUSUS CALON

  1. Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran.
  2. Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum
    31 Disember tahun penawaran biasa.

Cara Permohonan

  • Calon boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) di pautan http://esilav2.jpa.gov.my/ bermula 20 Jun 2022 (Isnin) hingga 26 Jun 2022, jam 5.00 petang.
  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
  • Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Student Assessment Centre (SAC)

Calon-calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC.

Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal
pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.

Program SAC dijadualkan pada 4 Julai 2022 hingga 7 Julai 2022 mengikut zon pusat temuduga.

Tarikh Penting Permohonan

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting permohonan LPSM JPA:

  • Permohonan Dibuka : 20 Jun 2022 (Isnin)
  • Permohonan Ditutup : 26 Jun 2022 (Ahad)
  • Semakan Panggilan SAC : 1 Julai 2022 (Jumaat)
  • Tempoh SAC : 4 Julai 2022– 7 Julai 2022
  • Jangkaan Keputusan : 29 Julai 2022 (Jumaat)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh, sila emel [email protected]

Baca juga : Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Yayasan Terengganu 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.