Advertisements

Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) Sesi 2022

Advertisements

Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) antara program yang menawarkan bidang kemahiran TVET kepada anda yang berminat.

PLKPK diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 Julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian.

Selain itu, program ini juga membantu membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak, berbanding bidang akademik dan ini dapat mengurangkan jumlah pengangguran dalam kalangan graduan institusi pendidikan tinggi.

Objektif Penubuhan PLKPK

PLKPK dilaksanakan berteraskan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS) dengan peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (National skill Development [email protected]).

Objektif program ini adalah :

  • Melahirkan usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.
  • Melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional yang akan berkhidmat di dalam sektor swasta bidang pertanian.
  • Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Kelebihan Menyertai PLKPK

Kelebihan menyertai Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan termasuklah

  • Yuran pengajian percuma *
  • Elaun RM200-RM300 sebulan
  • Penginapan disediakan
  • Makan dan minum disediakan

* Pelatih hanya perlu membayar sebanyak RM330 untuk bayaran premium insurans, setem hasil surat perjanjian, deposit asrama, baju korporat dan pembukaan akaun Agrobank.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bidang Yang Ditawarkan

Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau Nasional Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi.

Persijilan PLKPK adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Tanaman
  2. Pengeluaran Padi
  3. Ternakan Ruminan
  4. Ternakan Poltri
  5. Akuakultur Marin
  6. Akuakultur Air Tawar
  7. Teknologi Perikanan Tangkapan
  8. Pemprosesan Makanan
  9. Pemasaran

Baca juga: Permohonan Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan Bangi 2022 (PLPP)

Tempoh Persijilan

Persijilan

  1. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1
  2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
  3. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
  4. Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4

Tempoh Latihan

  • Tahap 1 (Sijil) – 6 bulan (600 jam)
  • Tahap 2 (Sijil) – 6 bulan (600 jam)
  • Tahap 3 (Sijil) – 12 – 24 bulan (1,200 – 2,400 jam)
  • Tahap 4 (Diploma) – 12 bulan (1,200 jam) + 3 bulan Latihan Industri (LI)

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 25 tahun pada tarikh pendaftaran
  • Memiliki (lulus) sijil SPM
  • Boleh membaca, mengira dan menulis. 
  • Sihat tubuh badan dan boleh melakukan aktiviti amali di lapangan
  • Bagi pemohon yang tidak memiliki SPM atau setaraf juga boleh memohon dan akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP)

Tarikh Permohonan

Pengambilan pelatih baru Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web di pautan berikut :

  1. Kemasukan Januari
  1. Kemasukan Julai

Panduan Permohonan

  1. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda
  2. Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  3. Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
  4. Pastikan anda menekan butang (Hantar) bagi menghantar borang permohonan
  5. KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu (Kemaskini boleh dilakukan 3 kali sahaja)
  6. Pastikan anda menyimpan No. Kemaskini untuk membuat kemaskini seterusnya.

Pautan pendaftaran : https://atpis.mafi.gov.my/V4/online/application/

Senarai Pusat Bertauliah

Semakan Keputusan Permohonan

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat melalui atas talian di pautan SEMAK ini.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi :

Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,
Aras 3, Wisma Tani (Blok Menara),
No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.