Advertisements

Permohonan Program Perantis Mercedes-Benz Dan Kerjaya

Advertisements

Mercedes-Benz mempelawa remaja yang berminat untuk menjadi mekanik kereta terutamanya jenama Mercedes untuk memohon Mercedes-Benz Advanced Modern Apprenticeship Programme.

Program ini bertujuan untuk melatih individu yang layak sebagai Juruteknik Kereta Penumpang untuk rangkaian pengedar yang luas di Malaysia.

Mercedes Benz mensasarkan untuk melahirkan bakat muda dalam bidang automotif dan berikut merupakan kerjaya yang akan ditawarkan di Mercedes Benz:

  1. Juruteknik Kereta Penumpang
  2. Penasihat Perkhidmatan Berkelayakan
  3. Pakar dalam Voltan Tinggi

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program ini.

Kelebihan Program Perantis Mercedes-Benz

Calon yang berjaya dalam Program Perantis Mercedes-Benz ini akan menikmati kelebihan berikut:

  1. Kerjaya untuk meletakkan anda bersama beberapa bakat muda Malaysia yang paling cemerlang
  2. Kerjaya dengan salah satu syarikat paling berprestij di dunia
  3. Peluang untuk menjana pendapatan sambil anda belajar.
  4. Menerima elaun yang sangat kompetitif sebanyak RM800 sebulan untuk tempoh program 3 tahun.
  5. Program ini adalah biasiswa penuh.

Struktur Program

Calon yang terpilih akan dibimbing dengan program-program berikut:

  • Latihan 3 tahun + pekerjaan terjamin 4 tahun
  • Program khas di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (NDTS) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia
  • Program latihan merangkumi pengetahuan teknikal dan kemahiran diagnostik terkini selaras dengan teknologi canggih produk Mercedes-Benz

Sijil berikut diberikan selepas setiap individu menamatkan pengajian mereka:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. NDTS Tahap 3 (disahkan oleh JPK)
  2. City & Guilds VRQ Tahap 3 Diploma
  3. Sijil Juruteknik Penyelenggaraan Berkelayakan Mercedes-Benz
  4. Juruteknik Sistem Berkelayakan Mercedes-Benz atau Penasihat Perkhidmatan Berkelayakan Mercedes-Benz atau Pakar Mercedes-Benz dalam Voltan Tinggi
  5. Kelayakan Voltan Tinggi Mercedes-Benz
  6. Sijil Rangka Kerja AMA Mercedes-Benz

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah:

  1. Berumur antara 17 dan 22
  2. Tamat SPM (atau setaraf) dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dan sekurang-kurangnya Lulus Bahasa Inggeris
  3. Selesai IGCSE/O-Levels/UEC dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dan sekurang-kurangnya Lulus dalam Bahasa Inggeris
  4. Kolej vokasional dengan PNGK > 3.0
  5. Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik

Baca juga: Simpan Duit Di SSPN Boleh Menang Kereta Mercedes Benz AMG Line

Cara Memohon Program Perantis Mercedes-Benz

Untuk memohon, layari laman Mercedes-Benz Malaysia di alamat https://www.mercedes-benz.com.my/passengercars/the-brand/mbm-apprenticeship/mb-apprenticeship.html

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Mercedes-Benz Advanced Modern Apprenticeship Program, sila kunjungi https://www.mercedes-benz.com.my/apprenticeship

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.