Advertisements

Permohonan Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2

Advertisements

Permohonan Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia Fasa 2 akan dibuka untuk permohonan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dalam sebuah sidang media khas.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program PerantiSiswa ini.

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Kerajaan telah peruntukan bajet sebanyak RM450 juta dan kira-kira RM65 juta daripada syarikat telekomunikasi untuk merealisasikan program Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

Syarat Kelayakan

Mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Inisiatif ini juga akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Jenis Peranti Yang Dibekalkan

  • Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:
    • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
    • Android OS 10 dan ke atas
    • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
    • Minimum RAM 4GB
    • Minimum storan 64GB
    • Slot SD Micro sehingga 256GB
    • Kamera hadapan minimum 2MP
    • Kamera belakang minimum 5MP
    • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
    • Bluetooth 4.1 dan ke atas
    • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
    • Bateri minimum 4500 mAh
    • Pengecas USB disertakan
    • Papan kekunci bluetooth disertakan
    • Pen stylus disertakan.

Tarikh Permohonan Fasa 2

Tarikh permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia Fasa 2 akan bermula pada 1 Ogos hingga 30 September ini.

Cara Memohon

Perlu diingatkan bahawa permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my

Baca juga: Tawaran Penajaan Program Khas Ijazah Luar Negara JPA 2022

Tarikh Penerimaan Peranti

Peranti akan diagihkan melalui dua sesi, iaitu

  • Sesi pertama – membabitkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan ia diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap.
  • Sesi kedua – kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.

Bagi permohonan Fasa Pertama, penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai Ogos 2022.

Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan PerantiSiswa Fasa 2, sila e-melkan ke [email protected] atau melalui talian berikut:

▪ 03-8911 5351
▪ 03-8911 5258
▪ 03-8911 5265
▪ 03-8911 5188

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements