Advertisements

Permohonan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif 2023 Kini Dibuka

Advertisements

Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif merupakan program pengajian peringkat sarjana (Master in Education) yang direka khas untuk dijalankan sewaktu cuti sekolah di bawah kerjasama Fakulti Pendidikan UKM, Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional UKM (UKMShape), dan Koperasi Siswazah Bangi Berhad.

Program ini terbuka kepada semua warga pendidik dan juga kepada orang awam yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana.

Pengambilan pelajar program ini hanya dibuat setahun sekali sahaja.

Program ini bakal memasuki tahun ke-7 dan sesi pengambilan pelajar baharu tahun 2023 telah pun dibuka untuk permohonan. Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program ini.

Syarat Kemasukan Dan Pendaftaran

Program sarjana ini terbuka kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam apa juga bidang kerjaya yang diceburi.

Calon sarjana program ini perlu menghabiskan 40 jam unit kerja kursus DAN menerbitkan satu prosiding/artikel jurnal berwasit bersama penyelia.

Mod pengajian adalah secara Kerja Kursus.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bidang Yang Ditawarkan

Terdapat 20 bidang pengajian ditawarkan iaitu:

  1. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  2. Kurikulum dan Pedagogi
  3. Pendidikan Khas
  4. Pendidikan Bahasa Melayu
  5. Pendidikan Islam
  6. Pendidikan Sains
  7. Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
  8. Pengurusan Sukan
  9. Pentadbiran Pendidikan
  10. Sosiologi Pendidikan
  11. Pendidikan Sejarah
  12. Pendidikan matematik
  13. Psikologi Pendidikan
  14. Pendidikan Prasekolah
  15. Penialaian dan Pengukuran
  16. Pendidikan Ekonomi
  17. Pendidikan Bahasa Arab
  18. Pendidkan Sumber dan Teknologi Maklumat (Teknologi Pendidikan)
  19. Pendidikan Komputer
  20. Pendidikan Sastera

Lokasi Pusat Pengajian

Bagi yang berminat, berikut merupakan empat lokasi pusat pengajian yang boleh dipilih iaitu:

  • UKM Bangi
  • Kota Bharu
  • Kota Samarahan
  • Kota Kinabalu

Cara Memohon

  1. Layari www.koperasisiswazah.com untuk mendapatkan borang permohonan.
  2. Hantarkan borang yang lengkap diisi kepada pihak urusetia di e-mel [email protected]

Baca juga: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat Fasa 2 2022 

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan mengetahui maklumat terbaru, sertai TELEGRAM melalui pautan berikut:

  1. Channel Utama: https://t.me/sarjanapendidikanUKM
  2. Group UKM Intake 2023: https://t.me/+A1oi-HeRRalkMGQ9
  3. Group Kota Bharu Intake 2023: https://t.me/+HLXsvoK3-6Q1NjE1
  4. Group IPTAR Kota Samarahan Intake 2023: https://t.me/+voEi4Jaqul1hZDI1
  5. Group Kota Kinabalu Intake 2023: https://t.me/+UExiLrGfK3YyZDk1

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements