Advertisements

Permohonan Program TVET Tahfiz MARA 2022

Advertisements

Permohonan Program TVET Tahfiz MARA 2022 kini dibuka untuk pelajar yang berminat melebarkan lagi ilmu dalam bidang al-Quran dan hafazan.

Ianya diteruskan bagi memperkasakan lagi program pendidikan vokasional atau TVET di Malaysia dikalangan pelajar-pelajar.

Melalui program TVET Tahfiz, para pelajar yang diterima masuk berpeluang untuk mendalami pelbagai bidang kemahiran namun pada masa yang sama dapat meneruskan pengajian dalam bidang hafazan.

Apa itu TVET

Bagi yang belum tahu, TVET adalah singkatan kepada Technical and Vocational Education Training atau lebih dikenali sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

Proses pendidikan TVET adalah lebih menuju ke arah industri yang memerlukan tenaga kerja yang terlatih serta berkemahiran tinggi. 

Malangnya, pendidikan TVET sering dipandang rendah oleh masyarakat dengan memandangnya hanya sebagai pilihan terakhir sekiranya pelajar tersebut tidak mendapat tempat di institusi pendidikan tinggi yang lain.

Menariknya, disebabkan graduan TVET adalah mereka yang mahir dengan kemahiran (berbanding teori semata-mata), permintaan majikan untuk  graduan TVET adalah lebih tinggi iaitu 98 peratus berbanding graduan universiti hanya sebanyak 60 peratus. 

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Program TVET-Tahfiz mula diilhamkan pada tahun 2019 bagi memberi peluang dan membantu para pelajar tahfiz untuk mendapatkan latihan kemahiran yang sistematik melalui Pensijilan Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Matlamat program ini untuk melahirkan golongan teknokrat dan huffaz professional.

Tempoh Pengajian TVET Tahfiz

Pengajian untuk program TVET Tahfiz adalah 3 tahun sahaja.

Namun, sebelum itu pelajar perlu menyertai Program Bridging selama 3 tahun – dikecualikan untuk program KKTM Ledang

Baca juga: BISTARI, Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah

Bidang Pengajian Yang Terlibat

Bidang pengajian yang terlibat dalam program TVET Tahfiz adalah seperti yang berikut:

  1. Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara – IKM Besut
  2. Diploma Kompetensi Kimpalan – IKM Lumut
  3. Diploma Teknologi Automotif Komersial – IKM Jasin
  4. Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan) – KKTM Ledang

Syarat Permohonan

Pelajar yang berminat untuk menyertai program TVET Tahfiz perlulah memenuhi syarat permohonan di bawah:

  1. Berumur 18 tahun sehingga 40 tahun.
  2. Pemohon berminat dalam bidang teknikal.
  3. Pemohon sihat tubuh badan.
  4. Pemohon menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk

Cara Memohon TVET Tahfiz

Pelajar yang berminat boleh mengisi maklumat anda di borang permohonan TVET-Tahfiz MARA.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pelajar boleh menghubungi institusi pengajian masing-masing.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.