Advertisements

Permohonan Projek Khas Tani Pasca Covid-19 2022

Advertisements

Projek Khas Tani Pasca Covid-19 2022

Projek Khas Tani Pasca Covid-19 merupakan salah satu projek Jabatan Pertanian Negeri Perak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Prihatin dalam membantu rakyat negeri itu khususnya petani yang terkesan akibat Covid-19.

memberi bantuan kepada petani yang terjejas dengan bencana pandemik Covid-19 selain

Melalui projek ini, sejumlah peruntukan telah disalurkan kepada Jabatan Pertanian dan bantuan berupa input baja dan racun dengan nilai bantuan bernilai RM 3,000 / petani bakal dimanfaatkan oleh penerima.

Secara tidak langsung bantuan ini bakal mengurangkan bebanan petani akibat kenaikan harga input pertanian seperti baja dan racun.

Bantuan ini juga diharapa dapat memberikan sokongan moral dan semangat kepada golongan petani bagi menjamin kelangsungan pendapatan petani dan pengeluaran makanan.

Permohonan ini dibuka kepada warga tani yang sedang mengusahakan penanaman tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Projek Khas Tani Pasca Covid-19 2022 ini:

Kadar Bantuan

Baja dan racun bernilai RM3000.000

Tarikh Permohonan

Permohonan secara talian ini akan dibuka mulai 1 Mei 2022 sehingga 14 Mei 2022 sahaja. Permohonan selepas tarikh ini tidak akan dipertimbangkan.

Baca juga: Program Protege MAIWP Tawar Kerjaya Untuk Graduan Asnaf

Syarat Kelayakan

Petani-petani yang ingin mendapatkan bantuan Projek Khas Asas Tani ini mestilah memenuhi kriteria dan syarat permohonan di bawah:

  1. Projek sedia ada masih aktif
  2. Terbuka kepada petani negeri Perak
  3. Belum pernah menerima peruntukan dari Jabatan
  4. Status tanah yang sah (Geran / Tol / Pajakan)
  5. Minimum keluasan pemberian bantuan adalah :
    a. 0.4 hektar (1 ekar) bagi sayur buah dan daun,
    b. 1.0 hektar bagi buah-buahan dan tanaman singkat masa
    c. minimum 1,000 polibeg bagi petani yang mengusahakan fertigasi.
  6. Dokumen sokongan perlu disertakan ketika lawatan siasatan dilakukan.
  7. Lawatan siasatan akan dijalankan untuk kelulusan permohonan.
  8. Semua Permohonan akan melalui proses tapisan oleh jawatankuasa sebelum diluluskan.

Cara Memohon

Warga Tani yang layak bolehlah memohon melalui pautan permohonan atau scan QR untuk permohonan atau terus ke Pejabat Pertanian berikut:

  • Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah
  • Pejabat Pertanian Daerah Hilir Perak
  • Pejabat Pertanian Daerah Kerian, Parit Buntar
  • Pejabat Pertanian Hulu Perak
  • Pejabat Pertanian Kinta Kampar Perak
  • Pejabat Pertanian Daerah Kuala Kangsar
  • Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang & Selama
  • Pertanian Daerah Manjung
  • Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang & Muallim

Permohonan yang mematuhi kriteria permohonan akan di senarai pendek untuk siasatan di lapangan oleh pegawai-pegawai Jabatan Pertanian bagi kelulusan.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila layari www.pertanianperak.gov.my atau Facebook rasmi Jabatan Pertanian Negeri Perak

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.