Advertisements

Permohonan Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan Bangi 2022 (PLPP)

Advertisements

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya anggota (OKU) melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan.

Okjektif Penubuhan PLPP

objek penubuhan PLPP adalah:

  • Memberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada OKU anggota untuk mendapatkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan.
  • Mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat kemalangan bagi meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari.
  • Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan kurang upaya menjadi bertambah teruk.
  • Menyediakan tempat perkhidmatan sebagai rujukan dan sumber latihan penuntut perubatan, jurupulih, juruteknik prostetik dan ortotik serta lain-lain kakitangan yang memerlukan.
  • Menjadi tempat rujukan untuk menjalankan kajian berkaitan OKU.

Kursus Yang Ditawarkan Di PLPP Bangi

Latihan vokasional yang terdapat di PLPP terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu Kursus Vokasional dan Kursus Pra-Vokasional.

Kursus vokasional seperti butiran yang berikut:

  • Kursus Pengurusan Pejabat (SKM Tahap 2)
  • Kursus Pembuatan Pakaian Wanita (SKM Tahap 1)
  • Kursus Pemasangan Elektrik
  • Kursus Fabrikasi Logam (Pembuatan Kerusi Roda)
  • Kursus Prostetik dan Ortotik

Kursus Pra-Vokasiona seperti butiran yang berikut:

  • Kursus Seni Lukis
  • Kursus Teknologi Batik

Kursus-Kursus Baharu:

  • Kursus Facial dan Resdung
  • Kursus Bekam
  • Kursus Urutan Lelaki
  • Kursus Penggayaan Rambut Lelaki
  • Kursus Pastri Dan Kek
  • Kursus Pembuatan Langsir

Baca juga: Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Kepada Penjawat Awam Dan Pesara 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kemasukan

Terbuka kepada semua OKU Fizikal, Penglihatan (Rabun), Pendengaran (Pekak & Bisu) Masalah Pertuturan & Masalah Pembelajaran berumur 18-45 Tahun yang berdaftar dengan JKM.

Cara Permohonan

Untuk memohon, sila rujuk laman rasmi Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan – PLPP Bangi atau emel ke [email protected]

Sesi Temuduga

Sesi temuduga akan diadakan seperti di bawah:

  • Wisma Persekutuan Raub, Pahang (31 Januari 2022)
  • Wisma Persekutuan Temerloh (3 Februari 2022)
  • Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom (5 Februari 2022)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan – PLPP Bangi ATAU hubungi talian 03-8926 1996 / 8926 2682.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements