rayuan br1m 2018

Permohonan Rayuan BR1M 2018 Online Hanya Untuk 5 Golongan Berikut

Bagi anda yang belum menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia bulan Februari lepas, permohonan rayuan BR1M 2018 telah pun dibuka bermula hari ini (2 April) sehingga tarikh tutup pada 31 Mei depan.

Namun permohonan rayuan ini hanya untuk lima (5) golongan berikut:

  1. Kod tidak lulus (05) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
  2. Kod tidak lulus (06) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000
  3. Kod tidak lulus (07) – Pemohon disenaraikan sebagai penerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
  4. Kod tidak lulus (14) – Pendapatan bulanan isi rumah yang dilaporkan pada borang melebihi RM4,000
  5. Kod tidak lulus (15) – Pendapatan bulanan yang dilaporkan melebihi RM2,000

Permohonan rayuan BRIM 2018 hanya dibenarkan untuk pemohon berstatus tidak lulus dengan kod alasan tidak lulus seperti di atas sahaja.

Permohonan Rayuan BR1M 2018

Kerajaan memperuntukkan RM6.8 bilion untuk bayaran kepada 7.2 juta penerima BR1M 2018, dengan bayaran peringkat pertama bermula pada 26 Februari lalu, peringkat kedua pada Jun dan peringkat ketiga pula pada Ogos depan.

BR1M juga termasuk dalam Manifesto Pakatan Harapan andai mereka menang PRU 14 yang akan datang.

Bagi anda yang ingin membuat permohonan rayuan BR1M secara manual di pejabat LHDN, sila download borang rayuan BR1M di sini.

borang rayuan brim

Selain BR1M, terdapat banyak lagi skim bantuan yang disediakan oleh Kerajaan untuk rakyat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila baca Senarai Bantuan Kerajaan 2018 (Dikemaskini).

Untuk kesemua artikel berkaitan BRIM, anda boleh baca di sini.

Sebagai makluman tambahan, pembayaran BR1M seterusnya akan dibuat pada bulan Jun 2018. Pastikan anda membuat rayuan dalam kadar segera supaya mempercepatkan proses kelulusan permohonan anda.