Advertisements

Permohonan Rumah Mampu Milik Di Taman Kirby, Labu, Negeri Sembilan

Advertisements

Sejak Jun 2018 sehingga 11 Mac tahun ini, kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan kebenaran merancang sebanyak 7,518 unit rumah mampu milik (RMM) berharga RM80,000 sebuah, bagi memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah di negeri ini memiliki rumah.

Malah di bawah Dasar Perumahan Negeri Sembilan (DPNS) telah menetapkan setiap pemaju perumahan diwajibkan membangunkan 50 peratus rumah mampu milik berharga antara RM80,000 hingga RM400,000, dalam setiap kawasan perumahan baharu.

Dasar Perumahan Negeri Sembilan menggariskan empat (4) perkara utama dalam Perumahan Mampu Milik iaitu

  • komponen pembangunan dan harga perumahan,
  • komposisi pembangunan perumahan,
  • keluasan dan saiz perumahan serta pemilikan dan
  • kuota bumiputera.

Langkah ini bagi memastikan konsep rumah mampu milik menepati makna sebenar sekali gus memberi manfaat kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri.

Terbaharu, Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022 Type A di Taman Kirby, Labu, Seremban dibuka untuk permohonan.

Untuk makluman, majlis pecah tanah bagi projek ini telah dilangsungkan pada 23 Mei lalu dan dijangka siap pada Februari 2024.

Syarat Kelayakan Permohonan

Di bawah merupakan syarat kelayakan permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan
  2. Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah Seremban serta telah berkahwin.
  4. Keutamaan kepada pemohon yang BELUM memiliki rumah atau tanah.
  5. Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.

Cara Memohon RMM Negeri Sembilan

Permohonan boleh dilakukan melalui pautan permohonan RMM Negeri Sembilan atau mengimbas kod QR di bawah:

Baca juga: Permohonan Geran Kandungan Digital 2022 MDEC RM50,000

Tarikh Permohonan

Tarikh buka permohonan adalah pada 13 Jun 2022 (Isnin) dan permohonan akan ditutup pada 26 Jun 2022 (Ahad).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi kerajaan Negeri Sembilan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.