Advertisements

Permohonan Rumah Residensi Wilayah 2022

Advertisements

Program Residensi Wilayah adalah satu program yang mensasarkan warga kota terutama dari golongan berpendapatan sederhana untuk membeli dan memiliki rumah sendiri.

Sebelum ini program ini dikenali sebagai RUMAWIP, kini ia diberi nafas baru dengan tagline “Residensi Wilayah Residensiku”.

Rumah di bawah program Residensi Wilayah merupakan rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM300,000 seunit.

Penetapan sasaran baru bagi tempoh sepuluh (10) tahun mulai 2019 – 2028 adalah sebanyak 80,000 unit selaras dengan sasaran Kerajaan untuk merealisasikan pembinaan sebanyak satu (1) juta rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun.

Program rumah mampu milik ini hanya tertumpu di 3 kawasan Wilayah Persekutuan iaitu:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Labuan

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai cara memohon rumah Residensi Wilayah

Ciri-ciri Rumah Residensi WIlayah

Jenis rumah yang ditawarkan di bawah Residensi Wilayah ini adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • mempunyai tiga (3) bilik tidur
  • dua (2) bilik air
  • dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard
  • dalam bentuk rumah berstrata (rumah bertingkat, contohnya apartment / kondominium dll)

Antara Senarai Projek Residensi Wilayah termasuklah:

  1. Rumawip Setapak J
  2. Rumawip Bukit Jalil
  3. Rumawip Taman Miharja
  4. Residensi Max
  5. Residensi Laman Segar Hijau
  6. Residensi Alamanda
  7. Residensi MH Platinum 2 / Merdu

Senarai penuh projek Residensi Wilayah boleh dilihat di pautan berikut: https://residensiwilayah.kwp.gov.my/projek

Syarat Kelayakan

Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat kelayakan di bawah ini:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (berkahwin)

Cara Memohon Residensi Wilayah

  1. Pemohon hendaklah mendaftar di portal RESIDENSI WILAYAH
  2. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah melengkapkan profil peribadi mereka terlebih dahulu sebelum permohonan projek dibenarkan.
  3. Pilih projek yang diminati
  4. Muat turun surat akuan sumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
  5. Muatnaik dokumen
  6. Sahkan profil dan dokumen sokongan

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disertakan adalah seperti berikut :

Baca juga: Bantuan Geran Mesin, Peralatan Atau Infrastruktur Johor

Semak Status Permohonan

Pemohon boleh log masuk ke portal RESIDENSI WILAYAH untuk menyemak status permohonan semasa.

Tempoh sah laku permohonan adalah setahun dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuat naik.

Maklumat Lanjut

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan atau semakan, sila berhubung terus ke:

1. Urus Setia RESIDENSI WILAYAH

Unit Residensi Wilayah,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Waktu Urusan : Isnin – Jumaat ( 9.30 pagi – 4.30 petang )
Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
Jumaat ( 12.00 tengahari – 3.00 petang)
Sabtu dan Ahad (Tutup)

2. Urus Setia RESIDENSI WILAYAH DBKL

Aras 25, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

Tel : 03-26179154

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.