Advertisements

Permohonan Online Kemasukan Kolej Professional MARA 2022/2023

Advertisements

Bagi lepasan SPM yang ingin membuat permohonan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Profesional MARA, kini pendaftaran secara online telah pun dibuka.

Seperti yang sedia maklum, Kolej Profesional MARA akan membuka permohonan sebanyak dua kali bagi kemasukan sesi Januari dan Jun bagi pengambilan lepasan SPM.

Kini, terdapat pengambilan baru iaitu sesi Oktober/November. Namun hanya program pengajian Diploma bagi lepasan SPM sahaja yang ada ditawarkan dan ianya adalah program sepenuh masa serta mendapat akreditasi oleh MQA.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Pembiayaan Perniagaan MARA 2022

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera
  • Berumur 18 sehingga 35 tahun
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

BIDANG KURSUS YANG DITAWARKAN

Terdapat beberapa bidang kursus yang ditawarkan oleh pihak KPM, antaranya adalah:

  1. Diploma in Accounting (DIA)
  2. Diploma in Business Studies (DBS)
  3. Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
  4. Diploma in Entrepreneurship (DEN)
  5. Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
  6. Diploma in Computer Networking (DCN)
  7. Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
  8. Diploma in International Business (DIB)
  9. Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
  10. Diploma in Marketing (DMK)
  11. Diploma in Business and Information Technology (DBIT)

CARA PERMOHONAN SECARA ONLINE

Untuk membuat permohonan, anda boleh terus ke pautan ini https://apponline.mara.gov.my/upimonline/.

Permohonan dibuka secara online dan percuma. 

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Calon yang ingin mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan, boleh lah dilakukan sebelum tarikh tutup permohonan.

Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Calon perlulah memastikan proses permohonan adalah
lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan
Program Diploma KPM Sesi 1 2022/2023 Pengambilan Mac
sebagai bukti permohonan telah dibuat.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan program diploma KPM ini dijangka
diumumkan melalui laman sesawang UPIM pada:

TARIKH: 22 Februari 2022
WAKTU: Selepas jam 3:00 petang.

Sebarang permohonan pertukaran bidang kursus (program) dan pertukaran kolej adalah TIDAK DIBENARKAN.

Membuat pengesahan setuju terima tawaran di laman sesawang
UPIM https://apponline.mara.gov.my/upimonline dengan
memasukkan nombor transaksi pembayaran MARAeps bagi
membolehkan calon jaya memuat turun surat tawaran dan
dokumen pendaftaran selewat-lewatnya sebelum ATAU pada
04 Mac 2022 DAN bergantung kepada tempoh setuju terima
yang ditetapkan.

Berikut adalah sesi pendaftaran atau lapor diri bagi calon-calon jaya mengikut ketetapan seperti jadual dibawah:

SENARAI KOLEJ PROFESIONAL MARA

Berikut adalah senarai kampus KPM yang terdapat di daerah-daerah negeri di dalam Malaysia, antaranya adalah:

  1. KPM Indera Mahkota
  2. KPM Bandar Melaka
  3. KPM Ayer Molek
  4. KPM Bandar Penawar
  5. KPM Seri Iskandar
  6. KPM Beranang
kolej profesional mara

PERMOHONAN RAYUAN

Untuk membuat permohonan rayuan, anda boleh memohon secara online melalui Sistem UPIM di laman sesawang https://apponline.mara.gov.my/upimonline mulai:

TARIKH: 22 Februari sehingga 4 Mac 2022

KEPUTUSAN PERMOHONAN RAYUAN

Keputusan permohonan rayuan program diploma KPM ini pula
dijangka diumumkan melalui laman sesawang UPIM pada:

TARIKH: 05 Mac 2022
WAKTU: Selepas jam 3:00 petang.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Permohonan Kolej Profesional MARA sila layari di laman sesawang: https://apponline.mara.gov.my/

Baca juga: Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.