Advertisements

Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 2/2022 Kini Dibuka

Advertisements

Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bagi tahun 2022 kini dibuka untuk permohanan kepada para hafiz dan hafizah di seluruh Malaysia.

Bagi yang belum tahu, STM merupakan satu pengiktirafan untuk para hafiz dan hafizah yang sudah khatam hafazan daripada mana-mana institusi tahfiz dan ingin memiliki Sijil Tahfiz yang diiktiraf kerajaan.

Ianya telah memperkenalkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) pada tahun 2011 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berikut dikongsikan info lanjut tentang permohonan menduduki peperiksaan ini serta maklumat penting yang berkaitan.

Kelebihan Sijil Tahfiz Malaysia (STM)

Antara kelebihan yang sekiranya hafiz dan hafizah memiliki STM ini:

  1. Mendapat sokongan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) tajaan JAKIM bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dan ke atas.
  2. Mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon jawatan Guru Tahfiz KPM.

Syarat Permohonan

Kepada Hafiz dan Hafizah yang berminat untuk memohon mestilah memenuhi syarat permohonan di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 tahun dan ke atas
  • Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran
  • Mengemukakan surat pengesahan rekod hafazan 30 juzuk daripada institusi atau guru tasmi’

Yuran Permohonan

Setiap permohonan akan dikenakan yuran RM150.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tarikh Permohonan

Tarikh akhir menghantar borang permohonan STM ialah pada 30 Ogos 2022

Baca juga: Tarikh Dan Cara Semak Keputusan SPM 2021

Tarikh Penting

Berikut merupakan tarikh penting bagi pemohon yang ingin mengambil STM Siri 2/2022:

BILPERKARATARIKH
1.Iklan STM Siri 2 Tahun 20227 Jun 2022
2.Tarikh Akhir Hantar Borang Permohonan STM30 Ogos 2022
3.Tarikh Semak Kelayakan Menduduki Peperiksaan (melalui website)15 September 2022
4.*Tarikh Peperiksaan4 Oktober 2022
5.*Tarikh Semak Keputusan(Tertakluk kepada Mesyuarat Pengajian Darul Quran)18 November 2022

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh layari laman sesawang Darul Quran atau emel ke [email protected] dan hubungi nombor di talian +603-6063 5333/6064 5497.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.