Pelajar yang mendapat tawaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah dipelawa untuk memohon Skim Agihan Awal IPT menerusi Lembaga Zakat Kedah.
Untuk makluman, Skim Agihan Awal IPT merupakan bantuan sekaligus (one off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan pendudukan negeri Kedah yang bakal memasuki tahun pertama pengajian bagi tahun 2021 di Institut Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara.
Agihan Awal IPT dibahagikan kepada dua kategori permohonan iaitu;
i. Agihan Awal IPT Dalam Negara
ii. Agihan Awal IPT Luar Negara
Pelajar yang menerima surat tawaran melanjutkan ke IPT hanya boleh membuat permohonan bagi setiap peringkat sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.
Agihan ini tidak termasuk pelajar yang menyambung pengajian diperingkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pusat pengajian yang bertaraf sekolah.
Pemberian bantuan ini adalah dibawah asnaf Fisabilillah yang mana sumber kewangan diambil daripada hasil kutipan zakat Negeri Kedah dan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak.
Syarat Kelayakan
Syarat Agihan Awal IPT ini dibahagikan mengikut dua (2) kategori permohonan
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
a) AGIHAN AWAL IPT DALAM NEGARA
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon sedang bermastautin/ menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
- Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti.
- Program pengajian bagi peringkat PASCA-SISWAZAH dan SEPARUH MASA adalah TIDAK LAYAK.
- Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurangkurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga(3) bulan pengajian.
- Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau manamana bidang kemahiran.
- Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
- Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon Agihan Awal IPTA.
- Agihan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
- LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas mengikut prosedur yang ditetapkan.
b) AGIHAN AWAL IPT LUAR NEGARA
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
- Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana / Doktor Falsafah secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.
- Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurangkurangnya setahun pengajian.
- Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan.
- Bidang Pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) atau Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Agihan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
- LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas mengikut prosedur yang ditetapkan.
Cara Memohon
Permohonan Agihan Awal IPT LZNK adalah sepenuhnya secara talian melalui pautan berikut ;
https://bit.ly/DermasiswaAwalIPTLZNK
atau layari www.zakatkedah.com.my kemudian,
Klik Menu : APLIKASI ATAS TALIAN >> AGIHAN AWAL IPT >> Pilih DALAM/LUAR NEGARA

Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar)
- Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penjaga
- Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
- Salinan Slip Bank/ Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Akuan pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT.
- Salinan Akaun Bank yang tertera nama Pemohon (Pelajar)
- Lain-lain dokumen khusus yang perlu disertakan bersama permohonan seperti\Surat bermastautin/ Surat Rayuan Permohonan/ Resit Zakat (bagi yang berkaitan sahaja)
Tempoh Permohonan
Tempoh permohonan dibuka sepanjang tahun 2022 dan ditutup pada 31 Disember 2022.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak Zakat Negeri Kedah iaitu 04-733 1740 atau menghantar email ke [email protected] atau layari FAQ Skim Agihan Awal IPT Zakat Kedah.