Advertisements

Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) Secara Percuma 2022

Advertisements

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah meminta orang ramai agar memohon Skim Air Darul Ehsan (SADE) bagi menikmati air percuma jika belum berbuat demikian.

Menurut Air Selangor pendaftaran untuk SADE akan dibuka sehingga 31 Disember 2024 dan mereka yang layak akan menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu.

Apakah Skim Air Darul Ehsan (SADE)

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah.

Berikut dikongsikan beberapa info permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE).

Baca juga : Tawaran Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PUBDN) 2022 Selangor

Syarat Permohonan SADE

Berikut merupakan beberapa syarat-syarat permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE):

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pendapatan bulanan isi rumah RM4,OOO dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang).
  3. Premis kediaman mempunyai meter individu.
  4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

Nota:
Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Permohonan SADE

Di bawah merupakan cara-cara untuk membuat permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE):

  1. Pemohonan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut di https://ssipr.selangor.gov.my
  2. Sila dapatkan borang permohonan SADE dengan memuat turun borang permohonan tersebut di pautan:
    www.airselangor.com
  3. Kemudian, hantar borang permohonan yang telah lengkap melalui emel ke [email protected] atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Cara Semak Permohonan SADE 2022

Untuk membuat semakan tentang kelulusan permohonan Skim Air Darul Ehsan, anda boleh klik pautan ini, https://ssipr.selangor.gov.my

Manakala bagi yang layak pula akan dimaklumkan melalui emel dan nombor telefon yang telah didaftarkan semasa proses permohonan.

Cara Buat Permohonan Rayuan SADE

Bagi pemohon yang telah mengemukakan permohonan Skim Air Darul Ehsan secara online dan berstatus gagal, pemohon hanya perlu :

  •  Klik login’ sistem SSIPR di pautan :
     https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/login 
  • Kemudian klik butang ‘Permohonan Rayuan’ di bahagian bawah paparan skrin permohonan Skim Air Darul Ehsan.
  • Kemaskini maklumat permohonan yang terkini dan klik butang ‘Hantar’. 

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya berkaitan Skim Air Darul Ehsan, sila layari:

https://www.airselangor.com/residen…/skim-air-darul-ehsan/

Baca juga : Permohonan Bantuan Kasih Bangsa Johor Nelayan Laut & Darat RM300

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.