Advertisements

Permohonan Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN)

Advertisements

Bersempena dengan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2022 yang lalu, Dato Menteri Besar Selangor mengumumkan 3 inisiatif yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Salah satu diantaranya ialah Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN).

Skim ini merupakan pertamanya di Malaysia memberi perlindungan kepada enam juta individu di negeri terabit tanpa mengira latar belakang.

Ini merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenari Skim IHSAN ini.

Kelebihan Skim IHSAN Negeri Selangor

Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) adalah perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Menerusi INSAN, setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Dalam insurans hayat, sebilangan besar orang (dipanggil pemegang polisi) membayar sejumlah wang (premium) ke dalam suatu dana yang diurus oleh syarikat insurans.

Apabila seseorang di dalam kumpulan itu ditimpa kesusahan, dia akan diberi sejumlah wang daripada dana tersebut
untuk membantu meringankan kesusahannya.

Kepentingan Insurans Hayat

Polisi insurans hayat boleh memberi kelebihan berikut:

  • Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai dan obligasi-obligasi lain.
  • Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.
  • Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
  • Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.
  • Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit yang serius atau kemalangan.

Syarat Kelayakan

Inisiatif itu akan ditawarkan kepada penduduk berusia 30 hari ke 80 tahun, dengan perlu memenuhi salah satu daripada dua syarat iaitu lahir di Selangor atau menjadi pengundi di Selangor.

Tarikh Pendaftaran

Skim IHSAN boleh mula didaftar mulai 1 Oktober ini.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan kemas kini mengenai skim ini, sila rujuk Facebook terkini Menteri Besar Selangor, Aminudin Shari atau laman web https://www.amirudinshari.com/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.