Advertisements

Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2022

Apakah Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?

Advertisements

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) merupakan salah satu program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk memberi manfaat kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang memenuhi syarat kelayakan di Negeri Selangor.

Sebelum ini Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dikenali sebagai sebuah skim khairat kematian untuk warga emas dan OKU yang layak dengan nilai sebanyak RM 2,500.

Semua ahli SMUE pula akan menerima baucer beli-belah bernilai RM100 dan program akan dijalankan di pasaraya-pasaraya yang terpilih di kawasan mereka.

Pemberian manfaat yang dikenali sebagai program ‘Jom Shopping SMUE’ ini akan diberikan mengikut bulan kelahiran ahli tersebut.

Selain itu, setiap ahli juga akan menerima khairat kematian bernilai RM 500.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang permohonan dan manfaat mengenai Skim Mesra Usia Emas.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga : Cara Mohon Bantuan Ihsan Komputer 2.0 Negeri Sabah (BAIK)

Manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Ahli SMUE akan menerima dua (2) jenis manfaat di bawah program ini bagi setiap permohonan yang berjaya bermula 1 Januari 2021.

Antara manfaat yang diberikan adalah seperti berikut:

 1) BAUCER BELI-BELAH RM 100 (Manfaat Semasa Hidup)

  • Ahli akan menerima baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka. (Penyerahan manfaat akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN).
  • Ahli dikehendaki untuk memastikan maklumat seperti nombor telefon dan yang berkaitan sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan ahli terlepas daripada menerima manfaat.
  • Pengemaskinian maklumat boleh dibuat secara atas talian di e-mesra.yawas.my atau pergi saja ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pejabat YAWAS.

2) KHAIRAT KEMATIAN RM500 (Manfaat Selepas Kematian)

  • Tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.
  • Wang khairat kematian hanya dibayar secara one-off kepada nama pewaris yang didaftarkan di dalam sistem.
  • Pembayaran akan dibuat samada dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris. (rujuk Proses Tuntutan Wang Khairat Kematian)
  • Sekiranya nama simati belum didaftarkan, maka pewaris perlu membuat permohonan SMUE terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan khairat kematian di atas nama simati. (Sila rujuk syarat-syarat permohonan SMUE untuk lebih lanjut)
  • Permohonan selepas kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia. (tertakluk bagi kematian mulai 1 Januari 2021 sahaja)

Baca juga : Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan

Syarat Permohonan

Permohonan SMUE mempunyai 2 kategori iaitu Warga Emas (60 tahun dan Keatas ) dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Permohonan boleh didaftarkan semasa hidup atau selepas kematian.

Permohonan selepas kematian perlu didaftarkan oleh pewaris terdekat.

KATEGORI WARGA EMAS

  •  Warganegara Malaysia;
  •  Berumur 60 tahun dan ke atas;
  •  Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  •  Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU
  • Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  •  Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);
  •  Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

KATEGORI OKU

  •  Warganegara Malaysia;
  •  Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  •  Tiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  •  Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);
  •  Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

NOTA: Pengundi bagi kategori OKU hanya tertakluk kepada yang layak mengundi iaitu berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan secara manual (mengisi borang) atau juga secara atas talian seperti berikut:

PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN

  • Sila layari laman web di pautan berikut http://smue.yawas.my/admin/online_semakan_awal.php
  • Borang permohonan perlu dicetak setelah mengisi maklumat permohonan.
  • Perlu mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari setelah permohonan dibuat.

PERMOHONAN SECARA MANUAL

  • Sila muat turun borang permohonan dipautan berikut https://e-mesra.yawas.my/borang/borangsmue2022.pdf Kemudian hantar ke Pejabat YAWAS atau pusat Khidmat Masyarakat yang berhampiran.
  •  Dokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar bersama borang permohonan.  

NOTA : Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaat.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang perlu di lampirkan mengikut kategori permohonan:

PERMOHONAN SMUE SEMASA HIDUP :

  1. Borang Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
  2. Satu Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  3. Satu Salinan Kad Pengenalan Pewaris
  4. Satu Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR
  5. Satu Salinan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika pemohon adalah OKU)
  6. Surat Pengesahan Mastautin (Sekiranya pemohon bukan kelahiran Selangor)
  7. Surat Akuan Sumpah (jika pewaris bukan dikalangan **keluarga terdekat)
  8. Satu salinan dokumen Pendaftaran Pertubuhan / Rumah Kebajikan

PERMOHONAN SMUE SELEPAS KEMATIAN :

  1. Borang permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
  2. Satu salinan Kad Pengenalan simati atau satu salinan cabutan Kad Pengenalan simati
  3. Satu salinan Sijil Kematian
  4. Satu salinan Kad Pengenalan pewaris
  5. Satu salinan semakan Daftar Pemilih SPR
  6. Satu salinan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika simati adalah OKU)
  7. Surat Pengesahan Mastautin (Sekiranya simati bukan kelahiran Selangor)
  8. Surat Akuan Sumpah (jika pewaris bukan dikalangan **keluarga terdekat)
  9. Satu salinan dokumen Pendaftaran Pertubuhan / Rumah Kebajikan dan rekod yang menunjukkan pengurusan pengebumian Simati dibuat oleh Pertubuhan / Rumah Kebajikan

NOTA :

Keluarga terdekat merujuk kepada senarai ini sahaja.:
Ibu/Bapa/Datuk/Nenek/Anak/Suami/Isteri/Abang/Kakak/Adik.

Selain daripada itu perlu ada surat akan bersumpah melalui Pesuruhjaya Sumpah.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan SMUE, sila layari laman sesawang http://e-mesra.yawas.my atau hubungi YAWAS Careline di talian 03-5481 8800.

Baca juga : Cara Mohon Bantuan Ihsan Komputer 2.0 Negeri Sabah (BAIK)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements