Untuk makluman, Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan atau NaDI telah dibuka untuk semua wanita terutamanya suri rumah di Selangor.
Skim pembiayaan ini diperkenalkan adalah untuk memberi peluang pinjaman modal wang bagi pemohon wanita yang ingin memulakan perniagaan, terutamanya setelah ramai yang telah terkesan akibat pandemik COVID-19.
Berikut dikongsikan beberapa maklumat mengenai permohonan skim NaDI ini.
Baca juga :Permohonan i-BERKAT: Bantuan Kasih Bangsa Johor

Kadar Pembiayaan Perniagaan
Berikut adalah kadar pembiayaan perniagaan melalui skim NaDI sehingga RM5,000.
Kadar Bayaran Pinjaman
Kadar bayaran semula pinjaman yang diberikan adalah secara ansuran mengikut mingguan antaranya :
- 25 minggu (6 bulan) hingga ;
- 150 minggu (3 tahun)
Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat permohonan Skim NaDI ini :
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Terbuka kepada semua kaum (Melayu, Cina, India)
- Warganegara Malaysia
Dokumen Yang Diperlukan
Bagi pemohon yang berminat untuk memohon pinjaman melalui Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI), perlulah menyediakan dokumen-dokumen berikut :
- Isi Borang Permohonan Hijrah
- Salinan IC Pemohon
- Gambar Berukuran Pasport 2 Keping
- Salinan Bill Utiliti Premis Atau Tempat Tinggal
- Pegesahan Akaun Bank Aktif
Nota : Dokumen yang dinyatakan di atas mestilah dimuat naik dalam format PDF (kecuali gambar).
Cara Mohon Skim NADI
Bagi individu yang berminat untuk membuat permohonan, sila isi borang di pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login agar dapat dihubungi oleh pihak Hijrah Selangor.
Permohonan bagi skim NaDI ini tidak memerlukan lesen niaga dari SSM atau penyata akaun 3 bulan terkini.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan ini, sila layari laman rasmi Hijrah Selangor di pautan www.hijrahselangor.com
ATAU,
Hubungi Talian Tetap : 03 5523 3611
Baca juga : Anak Johor Prihatin: Bantuan Anak Yatim/Yatim Piatu Akibat COVID-19