Advertisements

Permohonan Skim Pertama Sejahtera 2022 Anak Kelahiran Terengganu

Advertisements

Bagi anak kelahiran Terengganu kini berpeluang untuk memohon sumbangan khas Simpanan SSPN-i daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menerusi Skim Permata Sejahtera.

Skim Permata Sejahtera yang diwujudkan kerajaan Terengganu ini adalah sebagai galakan untuk tabungan masa depan untuk tujuan pendidikan ketika anak mereka berumur 18 tahun.

Oleh itu, ibu bapa yang baru melahirkan cahaya mata di Negeri Terengganu dan ingin memohon skim ini adalah amat dialu-alukan.

Baca juga : Sumbangan Aidilfitri Fakir Miskin Negeri Sembilan RM1,000

Jumlah Sumbangan

Berikut adalah jumlah sumbangan yang akan diterima menerusi skim ini :

  • Anak pertama hingga ke-6 : RM100.00
  • Anak ke-7 : RM200.00
  • Anak ke-8 : RM300.00
  • Anak ke-9 : RM400.00
  • Anak ke-10 dan ke atas : RM500.00

Keistimewaan Simpanan SSPN-i

Berikut adalah 6 keistimewaan utama yang bakal dinikmati ibu bapa yang mempunyai akaun SSPN-i iaitu :

  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa.
  2. Pelindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.
  3. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan.
  4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak.
  5. Simpanan dijamin oleh kerajaan.
  6. Layak memohon pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat permohonan bagi ibu bapa yang ingin memohon skim ini :

  1. Bayi yang dilahirkan di Negeri Terengganu bermula pada 1.1.2022 sehingga 31.12.2022.
  2. Bagi bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin.
  3. Ibu atau bapa bayi mestilah rakyat Negeri Terengganu yang lahir dan telah menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.
  4. Bilangan anak bagi permohonan program ini dimaksudkan sebagai bilangan anak dalam sebuah keluarga adalah termasuk juga daripada kalangan keluarga berpoligami.

Cara Memohon Skim Pertama Sejahtera

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut :

Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan Skim Pertama Sejahtera :

  1. Layari pautan rasmi bagi permohonan berikut http://https://bit.ly/SSPN-iYPKT
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik “Next” bagi setiap paparan.
  3. Muat naik salinan dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Salinan Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah salinan dokumen-dokumen penting yang diperlukan untuk di muat naik semasa membuat permohonan online :

  • Salinan Sijil Kelahiran Bayi dan salinan MyKid bayi.
  • Salinan MyKad ibu dan bapa.
  • Salinan Sjil Nikah atau Kad Nikah IbuBapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia.
  • Salinan Sijil Kelahiran atau MyKid/MyKad kesemua anak bagi Permohonan kelahiran anak ke-7 dan ke atas.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut, layari www.ypkt.gov.my atau hadir ke mana-mana Pejabat YPK Kawasan yang berdekatan anda.

  • Alamat : Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
    Jalan Sultan Omar,
    20300 Kuala Terengganu,
    Terengganu Darul Iman.

ATAU

  • Hubungi : 09-624 9355 / 57 / 58

Baca juga : Bayaran Bantuan JKM Pada Bulan Mei 2022 Diawalkan Sempena Aidilfitri

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.