Advertisements

Permohonan SMA Negeri Johor 2022 Secara Online (eSMANJ)

Advertisements

Permohonan SMA Negeri Johor 2022 (Sekolah Menengah Agama) akan dibuka tidak lama lagi. Bagi murid yang inginkan persekitaran sekolah yang mengikuti Sistem Pendidikan Islam disarankan untuk mohon.

Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor mempelawa para murid yang mempunyai kelayakan akademik, keperibadian yang mulia, jati diri yang hebat untuk membuat permohonan negeri Johor 2022 bagi Tingkatan Satu.

Permohonan adalah secara dalam talian (eSMANJ) dan pautan pendaftaran akan dibuka bermula 01 Disember 2021 (Rabu) sehingga 21 Disember 2021 (Selasa).

Sistem Pembelajaran SMA Negeri Johor

Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor ini agak berlainan daripada sekolah-sekolah menengah agama Kementerian Pendidikan yang lain kerana sekolah ini menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab di samping bahasa Inggeris.

Pada masa awal penubuhannya, mata pelajaran Arab yang diajar ialah al-Quran, Tauhid, Fekah, Insyak, Mutalaah, Imlak, Tafsir, Tarikh, Nahu, Sorof dan Mahfuzat. Sementara pelajar akademik adalah seperti biasa di sekolah-sekolah menengah Kementerian Pendidikan yang lain.

Dalam sistem pelajaran ini, para pelajar akan menerima pelajaran bukan sahaja dalam bidang agama malahan dalam bidang akademik. Maka peperiksaan yang diambil juga terdiri daripada dua aliran peperiksaan iaitu SRP,SPM,STPM dan Syahadah Ibtidai, 2 Thanawi dan 4 Thanawi.

Banyak perubahan yang dilakukan dengan bertujuan untuk menyelaraskan sistem pendidikan agama-bahasa Arab dalam pendidikan sekolah agama yang bersesuaian dengan kehendak dan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Ini bersesuaian dengan konsep Islam yang menggalakkan umatnya menuntut segala ilmu bagi bekalan di dunia dan di akhirat.

Baca juga: Daftar Masuk Politeknik Dan Koleh Komuniti 2021 Secara Online

Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Johor

Berikut adalah senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Johor:

  1. Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ)
  2. Maahad Johor Lil Banat (MJLB – beroperasi sementara waktu di SMAKJ)
  3. Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
  4. Sekolah Maahad Pontian (MP)
  5. Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)
  6. Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG)

Syarat Permohonan

  1. Calon warganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan
  2. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari
  3. Calon lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010.
  4. Permohonan adalah secara dalam talian (online) dan hanya calon yang melepasi saringan awal (berdasarkan jumlah merit tertinggi) akan dipanggil menghadiri Ujian Kelayakan yang akan dijalankan. Tarikh-tarikh penting akan sentiasa dimaklumkan melalui Facebook rasmi Bahagian Pendidikan Islam JAINJ.

Tarikh Penting Pendaftaran SMANJ

Bagi yang berminat untuk mendaftarkan diri, di bawah ini adalah tarikh penting yang perlu anda ambil perhatian:

Cara Mohon SMA Negeri Johor

  1. Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan SMANJ sebelum membuat permohonan secara dalam talian.
  2. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan SMANJ
  3. Permohonan adalah secara dalam talian melalui laman sesawang daftar-smanj.net/t1/2022/
  4. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing
  5. Permohonan dibuka mulai 1 Disember 2021 hingga 21 Disember 2021.

Ujian Kelayakan SMANJ

Ujian Kelayakan akan dijalankan pada 3 hingga 6 Januari 2022 kepada pemohon yang telah disenarai pendek berdasarkan markah merit tertinggi di tempat yang akan dimaklumkan.

Ujian Kelayakan terbahagi kepada tiga bahagian;

1. Ujian Bertulis

a) Dijalankan selama 1 jam 15 minit.
b) Merangkumi penguasaan asas Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan
Pengetahuan Am.

2. Ujian Inventori Personal Murid (IPM)
Ujian ini akan dijalankan selama 15 minit.

3. Ujian Lisan
a) Bacaan surah al Fatihah
b) Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
c) Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MTNJ,
MJLB dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk
menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan
pada hari Ujian dijalankan.

Ujian akan dijalankan secara bersemuka atau dalam talian bergantung kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut SMANJ

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman di bawah:

  1. https://daftar-smanj.net/t1/2022/
  2. http://smakj.johorislamic.edu.my/sistem-pembelajaran-smakj/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.