Advertisements

Permohonan URUS Dilanjutkan Sehingga Akhir Bulan Mac 2022

Advertisements

Program URUS diperkenalkan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat B50 dalam membuat pembayaran ansuran untuk segala komitmen pembiayaan yang di bank.

Melalui URUS, peminjam berpeluang untuk mengukuhkan kembali kedudukan kewangan terutama sekali di masa mencabar ketika pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.

URUS merupakan pelan pembayaran pembiayaan yang komprehensif di mana pelanggan boleh mendapat pengecualian untuk pembayaran keuntungan selama tiga bulan dan pengurangan pembayaran ansuran untuk tempoh 24 bulan.

BNM menjelaskan, lanjutan tempoh permohonan itu dibuat untuk meringankan beban ditanggung golongan B50 yang layak.

Baca juga: Cara Mudah Keluarkan Duit Amanah Saham Berhad (ASB) 2022

Apakah Tawaran Bantuan Daripada URUS B50

Berikut adalah bantuan yang ditawarkan:

  • Anda akan menerima Pelan Kewangan Mengikut Individu (Personalised Financial Plan, PFP) yang menetapkan jumlah ansuran bulanan dan jadual bayaran balik pinjaman untuk tempoh sehingga 24 bulan.
  • PFP akan merangkumi:
  1. Pengecualian faedah selama 3 bulan
  2. Penangguhan bayaran dan pilihan lain, termasuk pengurangan bayaran ansuran, bagi membantu anda menguruskan keseluruhan hutang berdasarkan kemampuan anda; dan
  3. Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat bagi membantu anda menguruskan kewangan supaya menjadi lebih berdaya tahan dari segi kewangan.

Tarikh Lanjutan URUS B50

  • Dilanjutkan dari 31 Januari kepada 31 Mac 2022.

Kelayakan Bantuan URUS B50

URUS B50 adalah sebuah program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan kepada mereka yang:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Sudah pun berada di bawah program bayaran balik pinjaman sedia ada (Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, program penjadualan / penstrukturan semula yang ditawarkan oleh sesebuah bank dan lain-lain)
  • Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880 (B40 dan ke bawah).
  • Mempunyai pinjaman pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat.
  • Mereka yang mengalami kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%.

Cara Permohonan URUS B50

Untuk membuat permohonan URUS B50, anda boleh hubungi pihak bank masing-masing sebelum tarikh tutup URUS iaitu 31 Mac 2022.

Segala butiran permohonan selanjutnya akan dikongsikan oleh pihak Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan atau bank-bank berkenaan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web bank dan juga di cawangan mereka mengetahui mengenai URUS.

Baca juga: [email protected]: Program Keusahawanan Graduan Perak

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.