PERMOHONAN VISA DENGAN RUJUKAN (PAS LAWATAN SOSIAL)- PASANGAN KEPADA WARGANEGARA
Pengenalan
Visa Dengan Rujukan (VDR) bermaksud visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara kepada seseorang yang bukan warganegara bagi membolehkan individu berkenaan masuk ke Malaysia selepas visa diluluskan oleh Ibu Pejabat Imigresen.
Baca juga :Cara Mudah Mohon Visa Umrah Dan Ziarah Secara Online
Jenis Visa
Terdapat dua(2) jenis visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara iaitu :
1. VISA SEKALI MASUK
- Dikeluarkan kepada warganegara asing yang memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia bagi tujuan sosial atau perniagaan.
- Hanya untuk sekali masuk bagi tempoh tidak melebihi tiga(3) bulan dari tarikh dikeluarkan.
2. VISA BEBERAPA KALI MASUK
- Dikeluarkan kepada warganegara asing yang memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia bagi tujuan perniagaan atau urusan-urusan Kerajaan.
- Hanya untuk tiga(3) hingga dua belas (12) bulan dari tarikh dikeluarkan.
- Warganegara India dan China yang ingin memasuki Malaysia bagi tujuan Lawatan Sosial layak untuk memohon Visa Beberapa Kali Masuk.
- Tempoh sahlaku Visa Beberapa Kali Masuk adalah satu (1) tahun.
- Bagi setiap kemasukan adalah untuk 30 hari sahaja dan lanjutan tempoh tinggal tidak dibenarkan.
Syarat Mohon Visa Beberapa Kali Masuk
Berikut adalah syarat-syarat bagi Visa Beberapa Kali Masuk :
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Pemohon perlu menunjukkan bukti kewangan yang mencukupi semasa tinggal di Malaysia.
- Pemohon perlu mempunyai tiket balik yang telah disahkan.
- Lawatan secara berkumpulan tidak layak memohon Visa Beberapa Kali Masuk.
- Bayaran bagi Visa Beberapa Kali Masuk ialah :
- RM50.00 bagi Warganegara India.
- RM30.00 bagi Warganegara China.
Cara Mohon Visa
Penaja perlu hadir sendiri ke Ibu Pejabat Imigresen Malaysia dengan membawa borang-borang dan dokumen-dokumen seperti berikut :
SENARAI BORANG
KATEGORI | Isteri Kepada Warganegara | Suami Kepada Warganegara |
BORANG | Borang IM.12 – Borang Permohonan Pas Lawatan (2 salinan)Borang IM.38 – Borang Permohonan Untuk Visa (1 salinan)Borang Security BondBorang Akuan PenajaBorang Maklumat Tambahan Penaja | Borang IM.12 – Borang Permohonan Pas Lawatan (2 salinan)Borang IM.38 – Borang Permohonan Untuk VisaBorang Security BondBorang Akaun PenajaBorang Maklumat Tambahan Penaja |
Dokumen berkaitan | Salinan Kad Pengenalan penaja (suami)Salinan pasport suami (jika berkahwin di luar Malaysia) semua muka surat bercetakSalinan pasport pemohon (1 naskah)Salinan sijil nikah/ kahwin di Malaysia (jika berkahwin di luar negara sertakan sijil nikah/ kahwin negara berkenaan)Gambar isteri berukuran pasport (2 keping)Sekiranya pasangan pernah berkahwin yang pernah berkahwinan dan bercerai / kematian (salinan surat cerai/ sijil kematian (jika janda/duda)Surat iringan | Salinan kad pengenalan penaja (isteri)Salinan pasport pemohon jika berkahwin di Malaysia (semua muka surat yang bercetak)Salinan pasport isteri jika berkahwin di luar Malaysia (semua muka surat yang bercetak)Salinan sijil nikah/ kahwin di Malaysia (jika berkahwin di luar negara sertakan sijil nikah/ kahwin negara berkenaan)Gambar suami/ isteri berukuran pasport (2 keping)Slip gaji / penyata bank 3 bulan terkini (Asal dan salinan)Bukti pendapatan RM2,000.00 berserta slip gaji/ Borang J (jika tiada sila kemukakan penjaminSurat iringan |
Setelah pemohonan diluluskan, penaja hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen di bawah bagi tujuan permohonaan visa di mana-mana Perwakilan Malaysia di seberang laut yang dimohon oleh penaja.
SENARAI DOKUMEN
- Surat kelulusan asal Jabatan Imigresen Malaysia
- Pasport asal
- Dua (2) salinan fotostat Borang Permohonan Visa (Borang Imm.47)
- Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
- Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat
- Bayaran visa
Kadar Bayaran Visa Mengikut Negara
Negara | Single/Multiple Entry Visa (RM) |
Argentina | 20.15 |
Bangladesh | 20.00 |
Bhutan | 20.00 |
Bolivia | 11.00 |
Burma | 19.50 |
Brazil | 17.00 |
Bulgaria | 21.90 |
Chile | 24.50 |
P.R.China | 30.00 |
Costa Rica | 9.00 |
Czech & Slovak | 19.30 |
Denmark | 6.00 |
Dominican Republik | 12.90 |
Ecuador | 7.00 |
Finland | 7.00 |
France | 12.90 |
Haiti | 16.00 |
Hungary | 21.45 |
India | 50.00 |
Indonesia | 15.00 |
Israel | 9.70 |
Itali | 9.50 |
South Korea | 30.00 |
Liberia | 13.00 |
Mexico | 17.50 |
Myanmar | 20.00 |
Nepal | 20.00 |
Panama | 14.50 |
Pakistan | 20.00 |
Peru | 20.00 |
Poland | 26.20 |
Portugal | 6.50 |
Saudi Arabia | 17.20 |
Sri Lanka | 15.00 |
Sudan | 12.90 |
Amerika Syarikat | 6.00 |
Uruguay | 13.50 |
Venezuela | 18.00 |
Vietnam | 13.00 |
Kadar Bayaran Security Bond Mengikut Negara
Berikut adalah kadar bayaran Security Bond mengikut negara :
1. RM 2000.00
- Canada
- USA
- Colombia
- Angola
- Burkina Faso
- Burundi
- Cameroon
- Central African Republic
- Republic Congo
- Republic Democratic Congo
- Cote D’Ivoire
- Djibouti
- Equatorial Guinea
- Eritrea
- Ethiopia
- Guinea-Bissau
- Ghan
- Liberia
- Mali Mozambique
- Niger
- Nigeria
- Rwanda
- Western Sahara
2. RM1500.00
- Saudi Arabia
- Africa
- Australia
- British C.I
- Brunei
- China
- Europe
- Iran
- Iraq
- Portugal C.I
- Taiwan
- Tunisia
- Vietnam
3. RM1000.00
- Japan
- South Korea
- Macao
- Hong Kong
4. RM 750.00
- Bangladesh
- Phillipines
- India
- Myanmar
- Nepal
- Pakistan
- Sri Lanka
5. RM500.00
- Indonesia
6. RM300.00
- Thailand
7. RM200.00
- Singapore
8. Lain-lain Negara
- RM1500.00
Dokumen Rujukan
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai Permohonan Visa Dengan Rujukan sila hubungi :
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Malaysia
No telefon : 603 8000 8000
Baca juga : Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara 2022