Advertisements

Permohonan Zakat Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Sem 3 Sesi 2021/2022

Advertisements

TAWARAN ZAKAT BANTUAN UMUM PELAJARAN SEM 3 SESI 2021/2022 BAGI PELAJAR SEM PENDEK & LATIHAN INDUSTRI

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan zakat Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Sem 3 Sesi 2021/2022 khusus untuk pelajar Sem Pendek (Short Sem) dan Latihan Industri (LI) telah dibuka.

Bagi pelajar Sem 3 Sesi 2021/2022 yang ingin membuat permohonan Zakat Bantuan Umum Pelajaran (BUP), boleh ikuti perkongsian info lanjut di artikel ini.

Baca juga : Permohonan Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang, MAINPP

Tempoh Permohonan

Permohonan bantuan umum pelajaran ini boleh dibuat pada:

  • Tarikh Mula Permohonan : 08 Ogos 2022 (Isnin)
  • Tarikh Tutup Permohonan : 8 September 2022 (Khamis)

Jenis Bantuan

Bantuan yang disediakan oleh zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah:

  • Bantuan Sara Hidup

Syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat permohonan yang ditetapkan seperti:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Beragama Islam.
  • Merupakan pelajar sepenuh masa.
  • Pelajar dalam status mendaftar.
  • Merupakan pelajar Prasiswazah sahaja.
  • Tidak menerima elaun daripada pihak Majikan tempat LI (bagi permohonan LI sahaja).
  • Tempoh LI adalah sepanjang atau dalam semester 3 Sesi 2021/2022 (bagi permohonan LI sahaja)

Panduan Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Layari laman sesawang dipautan https://zakat.ukm.my/
  2. Tekan butang “Log Masuk”.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkan dan tepat.
  4. Muat naik dokumen sokongan yang telah disahkan didalam permohonan ini.
  5. Pilih slot tarikh temu duga untuk permohonan bantuan ini.
  6. Bagi pelajar yang telah berjaya memilih slot tarikh temuduga namun jika tidak dapat pemakluman/panggilan, sila semak untuk semak di status permohonan 1 hari selepas tarikh temuduga.
  7. Jika masih status Tunggu Temuduga, sila maklumkan kepada pihak Zakat UKM.

Dokumen Yang Diperlukan

Pelajar hendaklah memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat permohonan seperti berikut:

  • Salinan Penyata Gaji/penyata Pencen terkini/pengesahan Pendapatan bagi ibu dan bapa/penjaga yang bekerja dan tidak bekerja.
  • Slip Pendaftaran Kursus Semester Sem 3 2021/2022.
  • Surat Jawapan Kelulusan Penempatan LI oleh Majikan dan pengesahan tidak menerima apa-apa elaun (permohonan LI sahaja).

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bantuan Umum Pelajaran ini, sila hubungi:

  • Kaunter Zakat UKM Bangi,
    Aras 1, Masjid UKM,
    Universiti Kebangsaan Malaysia,
    43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,
    Selangor Darul Ehsan
  • Tel: 03-8921 4225/5820

Baca juga : UKM Tawar Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.