Advertisements

Perodua Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma Akibat Banjir

Advertisements

PERODUA menawarkan bantuan, termasuk rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk semua pemilik kenderaan jenamanya yang terjejas akibat banjir.

Pelanggan Perodua boleh menuntut perkhidmatan tunda sehingga maksimum RM100 di cawangan servis Perodua berhampiran dengan terma dan syarat dikenakan.

Baca juga: 70 Kawasan Dijangka Mengalami Gangguan Bekalan Air Akibat Banjir

Selain itu, Perodua turut menawarkan potongan 20 peratus untuk alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaan yang rosak akibat banjir.

Ia termasuk semua barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, perapi pintu (door trims) dan permaidani.

Malah, alat ganti yang ditawarkan adalah alat ganti tulen PERODUA yang disertakan dengan waranti dari pihak pengeluar.

Jika anda merupakan mangsa banjir yang beli kereta Perodua atau renew insurance dengan wakil sah Perodua dan mempunyai insurans Perodua Total Protect Plus, anda boleh tuntut elaun banjir RM1,000.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Menurut Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pelanggan digalakkan untuk merujuk mana-mana cawangan perkhidmatan kami yang tidak terjejas di seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan.

“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk menyambung semula operasi kami (di kawasan terjejas) secepat mungkin,” tambahnya.

Maklumat Lanjut

Pelanggan yang terjejas banjir, boleh hubungi di talian bebas tol khidmat pelanggan PERODUA 1-800-88-6600 untuk bantuan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.